Saksikan Persembahan Lagu Terus Hidup - Aina Abdul Di Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37)

Saksikan Persembahan Lagu Terus Hidup - Aina Abdul Di Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37)

Kita telah ketahui lagu Terus Hidup nyanyian Aina Abdul telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) yang telah berlangsung pada 12 Februari 2023, hari Ahad dari Axiata Arena, Bukit Jalil.

Pada malam tersebut, Aina Abdul telah membawa pulang hadiah utama wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi dan beliau juga turut memenang Vokal Terbaik sekali gus memenangi hadiah RM12,000 juga beserta trofi.

Aina Abdul telah membawa tema putih dengan elemen awan sepanjang persembahan pada malam tersebut. Ianya merupakan simbolik mengenang bapanya yang telah pergi menghadap Illahi, kata beliau sendiri.

Dengan persembahan dan vokal memukau, beliau mendapat standing ovation pada akhir nyanyian sekaligus dengan awan yang berguguran. Siapa yang mendengarnya pasti tersentuh dan terkesima dengan persembahan Aina Abdul.

BACA : Tonton Semula Ulangan AJL 37 Tahun 2023 Disini

Jadi bagi yang terlepas, anda boleh saksikan semula highlight persembahan Aina Abdul menerusi lagu Terus Hidup di youtube TV3 atau klik pada video dibawah

Lagu : Terus Hidup
Penyanyi : Aina Abdul
Komposer : Aina Abdul
Lirik : Aina Abdul


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post