Siaran Langsung Keputusan Kelantan Vs Kuching City Liga Super 2023

Siaran Langsung Keputusan Kelantan Vs Kuching City Liga Super 2023

Antara perlawanan minggu pertama Liga Super 2023 adalah antara Kelantan FC vs Kuching City FC dimana akan berlangsung pada 25 Februari 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Pasukan yang terkenal dengan jolokan The Red Warrior tersebut sebelum ini menjadi antara pesaing hebat di Liga Premier dan berjaya mengakhiri musim sebagai naib juara liga di depan pasukan yang ditentang hari ini iaitu Kuching City.

Kesempatan ini pastinya dipergunakan sebaik mungkin ketika Kelantan bermain di tempat sendiri yang pastinya dengan kehadiran penyokong yang tidak henti-henti memberi sokongan semasa jatuh naik pasukan tersebut.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Kelantan vs Kuching City Dalam Liga Super 2023

Jadi bagi yang berkesempatan, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing. Anda kini boleh dapatkan tiket masuk secara online dengan harga RM28 di website www.tickethotline.com.my. Siap dapat burger sebiji katanya.

Tetapi bagi yang tidak berkesempatan untuk datang, perlawanan ini juga akan ditayangkan secara langsung menerusi Arena Bola 803 serta secara striming di Astro Go dan Sooka. Boleh langgan dengan harga serendah RM4.90 untuk satu perlawanan.

Jadi penyokong semua, jangan lupa temu janji kita pada hari Sabtu ini. Sepak mula adalah pada jam 5.30 petang. Ini jadual dan keputusan antara Kelantan FC dan Kuching City FC untuk aksi Liga Super 2023 LS1.

25 Februari 2023 (Sabtu)

FT : Kelantan (1) - (2) Kuching City

  • Miguel Cifuentes 51'
  • Abdallah Sudi 58'
  • Abu Kamara 71'

Masa : 5.30 Petang
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post