Siaran Langsung Perlawanan Kedah Vs Shakhter Karagandy Pra Musim 2023 Di Turki

Siaran Langsung Perlawanan Kedah Vs Shakhter Karagandy Pra Musim 2023 Di Turki

Kedah Darul Aman FC mengadakan perlawanan persahabatan jelajah pra musim 2023 di Turki iaitu bermula 9 Februari hingga 14 Februari 2023. Mereka akan berdepan dengan empat pasukan kesemuanya.

Sepanjang Turkiye Tour 2023, KDA akan bertemu dua kelab daripada Kazakhstan Premier League iaitu FC Maktaaral dan FC Shahkter Karagandy, masing-masing satu pasukan daripada Ukranian PL iaitu FC Metalist Kharkiv dan Uzbekistan PL iaitu kelab FC Nasaf.

Dalam perlawanan pertama tempoh hari, Kedah hanya kalah tipis kepada FC Nasaf dengan jaringan 2-1 dimana gol Kedah dijaringkan Willian Lira. Untuk perlawanan kedua, KDA FC akan bertemu FC Shakhter Karagandy pada 10 Februari 2023.

Mereka merupakan antara kelab yang bermain dalam liga utama Kazakhstan Premier League dan juga pernah bermain di peringkat tertinggi eropah di UEFA Champions League (UCL) sebelum ini.

Jadual & Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Pra Musim Kedah FC Bertemu FC Shakhter Karagandy 2023 Di Turki

Kesemua empat perlawanan tidak akan ditayangkan secara langsung di saluran Astro mahupun RTM. Tetapi penyokong KDA FC boleh strim secara online menerusi KDATV dengan harga RM15.00 untuk satu perlawanan atau pembelian pas secara bundle (4 perlawanan) dengan harga RM50.00 sahaja. Lebih jimat.

Selain itu, anda juga boleh terus dapatkan akses tontonan menerusi laman khas Facebook Event dengan klik link atau pautan dijadual dibawah. Kemudian tekan butang Get Access dan buat bayaran seperti biasa.

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan tontonan live streaming, anda boleh pergi ke laman facebook rasmi Kedah Darul Aman FC atau klik disini.

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan persahabatan pra musim antara Kedah Darul Aman FC bertemu FC Shakhter Karagandy di Turki.

*masa yang dipaparkan adalah mengikut waktu Malaysia

10 Februari 2023 (Jumaat)

FT : Kedah Darul Aman FC (0) - (2) FC Shakhter Karagandy

Masa : 10.30 Malam
Venue : Miracles Fields, Antalya
Live Streaming : Link 2 | Link 3


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post