Siaran Langsung Perlawanan Kedah Vs FC Nasaf Pra Musim 2023 Di Turki

Siaran Langsung Perlawanan Kedah Vs FC Nasaf Pra Musim 2023 Di Turki

Selepas Piala Harapan, Kedah Darul Aman FC akan mengadakan perlawanan persahabatan pra musim di Turki iaitu bermula 9 Februari hingga 14 Februari 2023 untuk berdepan dengan empat pasukan kesemuanya.

Sepanjang Turkiye Tour 2023, KDA akan bertemu dua kelab daripada Kazakhstan Premier League iaitu FC Maktaaral dan FC Shahkter Karagandy, masing-masing satu pasukan daripada Ukranian PL iaitu FC Metalist Kharkiv dan Uzbekistan PL iaitu kelab FC Nasaf.

Untuk perlawanan pertama, Kedah akan menguji kekuatan berhadapan dengan FC Nasaf yang bermain di liga utama dan juga bekas juara Piala AFC 2011. Pastinya banyak akan dipelajari oleh skuad bimbingan Nafuzi Zain kali ini.

Dengan itu, skuad Kenari Hijau Kuning boleh memperkuatkan pasukan bagi mengharungi musim terbaru Liga Super 2023 yang pastinya akan lebih mencabar selepas ini.

Jadual & Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Pra Musim Kedah FC Bertemu FC Nasaf 2023 Di Turki.

Kesemua empat perlawanan tidak akan ditayangkan secara langsung di saluran Astro mahupun RTM. Tetapi penyokong KDA FC boleh strim secara online menerusi KDATV dengan harga RM15.00 untuk satu perlawanan atau pembelian pas secara bundle (4 perlawanan) dengan harga RM50.00 sahaja. Lebih jimat.

Selain itu, anda juga boleh terus dapatkan akses tontonan menerusi laman khas Facebook Event dengan klik link atau pautan dijadual dibawah. Kemudian tekan butang Get Access dan buat bayaran seperti biasa.

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan tontonan live streaming, anda boleh pergi ke laman facebook rasmi Kedah Darul Aman FC atau klik disini.

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan persahabatan pra musim antara Kedah FC bertemu FC Nasaf di Turki.

*masa yang dipaparkan adalah mengikut waktu Malaysia

9 Februari 2023 (Khamis)

FT : Kedah Darul Aman FC (1) - (2) FC Nasaf

  • Willian Lira 58'
  • Khusain Norchaev 80'
  • Khusain Norchaev 83' (P)

Masa : 9.00 Malam
Tempat : S & B Sports Complex, Antalya
Live Streaming : Link 2

Jadual Perlawanan Persahabatan Pra Musim Kedah FC 2023 Di Turki

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post