Siaran Langsung Perlawanan Selangor Vs Kedah Di Piala Harapan 2023

Siaran Langsung Perlawanan Selangor Vs Kedah Di Piala Harapan 2023

Perlawanan kedua untuk Piala Harapan 2023 bakal mempertemukan Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC pada 2 Februari 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

Pada perlawanan pertama yang berlangsung sehari sebelum iaitu pada 1 Februari, kita dapat lihat Penang FC bergaya menumbangkan wakil kelab dari Singapura iaitu Geylang International FC dengan jaringan 4-0.

Jadi satu lagi perlawanan akan berlangsung yang mana bakal menentukan pasukan mana yang akan bergerak ke final bertemu Penang sekali gus merebut kejuaraan sulung bagi memenangi trofi untuk Piala Harapan 2023.

Tayangan Siaran Langsung Kedah Vs Selangor Di Piala Harapan 2023

Orang ramai boleh menyaksikan aksi perlawanan ini di stadium dengan mendapatkan tiket di kaunter dengan harga RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

Sekiranya tidak berkesempatan untuk hadir, live streaming di sediakan dengan harga tonton sebanyak RM16.90 menerusi facebook rasmi Penang FC. Cara dapatkan akses, klik pada link dibawah dan tekan butang 'Get access'...

2 Februari 2023 (Khamis)

FT : Selangor FC (0) - (0) Kedah Darul Aman FC

Penalti : 6-5

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*Selangor dan Penang FC mara ke final

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post