Siaran Langsung Perlawanan Terengganu Vs Chonburi FC Pra Musim 2023

Siaran Langsung Perlawanan Terengganu Vs Chonburi FC Pra Musim 2023

Perlawanan persahabatan pra musim untuk kelab Terengganu FC kini sudah sampai ke perlawanan terakhir (keempat) iaitu berdepan dengan Chonburi FC pada 13 Februari 2023, hari Isnin bertempat di Chonburi Stadium.

Perlawanan sebelum ini, Terengganu sudah menang sekali dengan Bangkok FC (2-0), seri sekali dengan Rajpracha FC (1-1) dan satu dengan keputusan tewas iaitu kepada wakil kelab Denmark iaitu Odense Boldklub FC (0-2).

Pastinya perlawanan terakhir ini akan dipergunakan sebaiknya oleh pasukan Terengganu untuk terus memperbaiki segala kelemahan yang ada bagi menghadapi musim terbaru Liga Super 2023 yang bakal bermula pada 24 Februari ini.

Jadual & Siaran Langsung Perlawanan Terengganu Vs Chonburi FC 2023

Sama seperti pada perlawanan pertama, tiada siaran langsung ditayangkan di tv untuk perlawanan Chonburi FC ini. Hanya akan dibawakan secara live streaming di TFCPLay dengan yuran langganan serendah RM7.00 sebulan atau RM60 untuk setahun.

Untuk info lanjut, bila dan cara langganan untuk tontonan secara online boleh dibuat, anda boleh rujuk di facebook rasmi Terengganu FC atau klik sahaja disini.

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan persahabatan pra musim antara Terengganu FC bertemu Chonburi FC di Bangkok.

*masa yang dipaparkan adalah mengikut waktu Malaysia

13 Februari 2023 (Isnin)

FT : Chonburi FC (0) - (1) Terengganu FC

  • Jordan Mintah 59'

Masa : 7.00 Malam
Venue : Chonburi Stadium
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Siaran Langsung Perlawanan Terengganu Vs Chonburi FC Pra Musim 2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post