Telefilem Cincin Pusaka Di TV9

Telefilem Cincin Pusaka Di TV9

Saksikan telefilem Cincin Pusaka yang akan menemui penonton pada 6 Februari 2023, bersiaran semula pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang pernah disiarkan pada tahun 2021 ini merupakan terbitan syarikat produksi Tanah Beri Film Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Lua dengan nukilan skrip daripada Zyza Backy.

Telefilem Cincin Pusaka

Telefilem Cincin Pusaka menampilkan barisan pelakon seperti Noki K-Clique, Elisya Sandha, Ziana Zain, Jasmin Hamid, Salamiah Hassan, Syarafi Sudarmaji, Ariel Izz, Hisham Zainal dan ramai lagi.

  • Noki K-Clique sebagai Sofian
  • Elisya Sandha sebagai Alina

Ianya mengisahkan tentang tentang dua adik beradik iaitu Alina dan Sofian yang sejak kecil sering berlumba mengalahkan satu sama lain, kini berlumba untuk mendapatkan cincin pusaka tinggalan arwah nenek mereka.

Drama komedi ini akan membawa penonton bersama-sama dengan Alina dan Sofian untuk mendapatkan cincin pusaka itu di sebuah rumah  kampung usang milik nenek mereka. Alina mahukan cincin itu sebagai cincin perkahwinannya manakala Sufian mahukan cincin itu sebagai barangan antik koleksinya.

Pelbagai cabaran dilalui oleh mereka dalam misi mendapatkan cincin tersebut. Akhirnya, mereka selamat tiba di rumah tersebut dan berjaya menemui kotak cincin. Apakah yang akan berlaku seterusnya? 

Telefilem Cincin Pusaka Di TV9

Telefilem Cincin Pusaka Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post