Telefilem Cucu Atuk Di TV9

Telefilem Cucu Atuk Di TV9

Saksikan telefilem Cucu Atuk yang akan menemui penonton pada 27 Februari 2023, bersiaran semula pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan terbitan syarikat produksi Orangetree Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Zamri Zakaria dengan nukilan skrip daripada Qaseh Farina dan Mufid Suhaimi

Sinopsis Telefilem Cucu Atuk

Telefilem Cucu Atuk menampilkan barisan pelakon seperti Jalil Hamid, Danish Hazriq, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Tasha Shila, Amar Asyraf, Mubarak Majid, Taib Zamanhuri, Ariff Aziz, Khairil Anwar dan ramai lagi.

  • Jalil Hamid sebagai Pak Zubir
  • Danish Hazriq sebagai Aiman

Ianya mengisahkan tentang kehidupan Pak Zubir yang kini menjaga cucunya iaitu Aiman setelah ibu bapannya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Disebabkan itu, Aiman telah mewarisi harga peninggalan bapanya yang merupakan seorang usahawan.

Dengan kehadiran Aiman, sebenarnya tidak disenangi oleh Pak Zubir yang telah lama hidup berseorangan. Dalam masa yang sama Pak Ngah dan Mak Ngahnya berniat jahat untuk membolot harta wasiat tersebut daripada anak sedaranya.

Aiman kemudian dibawa secara paksa dari kampung ke rumah Zaim dan Juwita di bandar. Disana dia dilayan seperti hamba sehingga tidak dibenarkan untuk ke sekolah serta sering dipukul oleh Juwita. Adakah atuknya ingin kembali bersama cucunya selepas itu?

Dapatkan mereka menjali hubungan sebagai cucu dan atuk pada akhirnya?

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post