Telefilem Dendam Manisa Di TV9

Telefilem Dendam Manisa Di TV9

Saksikan telefilem Dendam Manisa yang akan menemui penonton semula pada 3 Februari 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat produksi Asia Era Film Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Jamal Khan dengan nukilan skrip daripada Jumal Yunu.

Sinopsis Telefilem Dendam Manisa

Telefilem Dendam Manisa menampilkan barisan pelakon seperti Siti Elizad Sharifuddin, Fattah Amin, Dian P. Ramlee, Dato Jalaluddin Hassan, Jasmin Hamid, Norlia Ghani, Nisha Dirr, Ezzaty Abdullah, Puteri Balqish Azizi dan ramai lagi

  • Siti Elizad sebagai Manisa
  • Fattah Amin sebagai Rosman
  • Dian P. Ramlee sebagai Datin Maria
  • Dato Jalaluddin Hassan sebagai Datuk Omar
  • Jasmin Hamid sebagai Puan Sarimah
  • Norlia Ghani sebagai Nenek Manisa
  • Ezzaty Abdullah sebagai Mimi

Ianya sebuah telefilem yang mengisahkan tentang kehidupan Manisa selepas ibu bapanya meninggal dunia ketika dia berumur 8 tahun. Selepas meningkat dewasa, Manisa mencari peluang pekerjaan dan dia telah diterima untuk bekerja di rumah Datuk Omar sebagai pembantu rumah.

Keluarga Tuan Omar melayan Manisa dengan baik sekali. Disebabkan itu juga, ianya telah menimbulkan keraguan kepada Datin Maria yang mana dia mula cemburu kepada Manisa. Walaubagaimanapun Datin Maria terpaksa menyimpan perasaan cemburunya tanpa pengetahuan suaminya.

Kemudian anak kepada Datuk Omar iaitu Rosman kembali ke Malaysia. Sejak daripada itu, dia semakin rapat dengan Manisa. Keakraban Rosman dan Manisa membuatkan mereka bernikah tanpa pengetahuan sesiapa. Apabila Manisa mengandung, Rosman mula tidak senang duduk dan mula berubah perangai.

Telefilem Dendam Manisa Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post