Telefilem Dendam Tapi Cinta Di TV2

Telefilem Dendam Tapi Cinta Di TV2

Saksikan telefilem Dendam Tapi Cinta yang akan menemui penonton pada 7 Februari 2023, bersiaran semula pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem yang pernah disiarkan pada Februari 2022 ini merupakan terbitan syarikat produksi Paper Screen Picture Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ahmad Hashim dengan nukilan skrip daripada Yati Chung.

Sinopsis Telefilem Dendam Tapi Cinta

Telefilem Dendam Tapi Cinta menampilkan barisan pelakon seperti Ungku Ismail, Azar Azmi, Tash Yong, Mustaqim Bahadon, Aida Khalida, Redza Hasbi, Syafiq Sahli, Mia Aynor, Lash Mokhtar dan ramai lagi.

  • Azar Azmi sebagai Nadia
  • Ungku Ismail sebagai Faiz
  • Mustaqim Bahadon sebagai Haziq
  • Tash Yong sebagai Lisa

Ianya mengisahkan tentang Faiz iaitu abang Lisa tidak dapat menerima kematian adiknya dan bertekad untuk membalas dendam keatas Haziq. Faiz berpura-pura berkawan baik dengan Haziq.

Haziq mempunyai seorang adik bernama Nadia yang baru habis belajar. Faiz telah jatuh hati dan mula memikat Nadia. Faiz mengambil keputusan untuk berkahwin.

Faiz mula berubah dan tidak melayan Nadia dengan baik. Faiz buntu kerana dia amat sayangkan Nadia tetapi kematian adiknya belum terbela.

Nadia telah jatuh dari tangga dan cedera teruk di kepala. Selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di otak, Nadia hilang ingatan. Faiz runsing memikirkan keadaan isterinya Nadia kerana dia amat menyayanginya.

Telefilem Dendam Tapi Cinta Di TV2

Telefilem Dendam Tapi Cinta Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post