Telefilem Matilah Nak Pontianak Di Astro Citra

Telefilem Matilah Nak Pontianak Di Astro Citra

Saksikan telefilem Matilah Nak Pontianak yang akan menemui penonton pada 28 Februari 2023, bersiaran pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Citra 108 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

Telefilem yang pernah bersiaran pada tahun 2020 ini merupakan terbitan syarikat produksi Arie Zaharie Production Sdn. Bhd. dengan kerjasama Knack Knack Studios, diarahkan oleh Azhari Zain dengan nukilan skrip daripada Epy Kodiang.

Sinopsis Telefilem Matilah Nak Pontianak

Telefilem Matilah Nak Pontianak menampilkan barisan pelakon seperti Shiha Zikir, Usop, Azzam Sham, Qody Rany, Coki, Arie Zaharie, Bohari Ibrahim, Intan Erina, Rashdan Khan dan ramai lagi.

  • Shiha Zikir sebagai Matila
  • Usop sebagai Bob
  • Azzam Sham sebagai Ayub
  • Qody Rani sebagai Johan
  • Bohari Ibrahim sebagai Tok Dani

Ianya mengisahkan tentang tiga orang jejaka iaitu Ayub, Bob dan Johan. yang telah berjumpa dan mahu mencari bomoh terkenal untuk mengubati penyakit aneh mereka.

Penyakit aneh tersebut seperti tertidur bila-bila masa, boleh jadi lelaki lembut dan boleh jadi seorang yang panas baran dengan tidak menentu.

Dengan kaedah pengubatan yang aneh dan perkenalan mereka dengan seorang yang bernama Matila telah merungkai sebuah rahsia besar yang perlu diungkai. Sejak daripada itu, pelbagai kejadian aneh mula berlaku.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post