Telefilem Satu Hari Di Bulan Februari Di TV1
Saksikan telefilem Satu Hari Di Bulan Februari yang akan menemui penonton pada 11 Februari 2023, bersiaran pada hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.
Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Cinta Kasih Production, diarahkan oleh Khairul Anuar Mat Noor dengan nukilan skrip daripada Ellyna Ahmad.
Sinopsis Telefilem Satu Hari Di Bulan Februari
Telefilem Satu Hari Di Bulan Februari menampilkan barisan pelakon seperti Sazzy Falak, Aida Aris, Esma Daniel, Geof Andre Feyaets, Fifi Laura Olivia, Heidi Aleesya, Aidit Noh dan ramai lagi.
- Sazzy Falak sebagai Mama Liz
- Aida Aris sebagai Amina
- Geof Andre Feyaets sebagai Papa Henry
- Heidi Aleesya sebagai Mia
- Fifi Laura Olivia sebagai Kasih
Ianya mengisahkan tentang dua wanita iaitu Aminah dan Liz yang terpaksa berdepan dengan dilema berpisah dengan anak masing-masing, Kasih dan Mia. Kejadian yang tidak terduga itu disebabkan anak yang dibela sejak tujuh tahun yang lalu tertukar ketika dilahirkan.
Lalu kedua-dua dibesarkan tanpa mengetahui situasi sebenar yang hakikatnya mereka telah tertukar dengan ibu kandung masing-masing. Situasi persekitaran dan cara hidup mereka membesar cukup berbeza bagai langit dan bumi.
Liz merupakan seorang wanita bekerjaya manakala Aminah pula mengumpul pendapatan dengan menjual nasi lemak. Justeru Mia yang tinggal dibawah jagaan Liz hidup mewah dan serba cukup. Manakala Kasih pula membesar dengan sekadar cukup makan dan sekolah.
Takdir kemudiannya menentukan kebenaran terbongkar. Mereka dikembalikan kepada keluarga masing-masing. Namun konflik keduanya bermula apabila Liz tidak mahu anak jagaannya Mia hidup susah setelah diserahkan kepada Aminah. Dia berhasrat untuk menjaga Kasih dan Mia.
Perbalahan antara Aminah dan Liz berakhir dengan keputusan mahkamah bahawa anak-anak ini perlu diserahkan kepada ibu kandung masing-masing. Mia mula menerima Aminah sebagai ibu kandung akan tetapi Kasih sering menangis kerana kesibukan Liz dan suaminya, Henry. Lalu apakah kesudahan plot kisah hidup mereka?
Post a Comment for "Telefilem Satu Hari Di Bulan Februari Di TV1"
Post a Comment