Telefilem Transit Terakhir Di TV3

Telefilem Transit Terakhir Di TV3

Saksikan telefilem Transit Terakhir yang akan menemui penonton pada 25 Februari 2023, bersiaran semula pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan terbitan syarikat produksi Enuja Production Sdn. Bhd., diarahkan serta nukilan skrip daripada orang yang sama Ellie Suriaty Binti Omar.

Sinopsis Telefilem Transit Terakhir

Telefilem Transit Terakhir menampilkan barisan pelakon seperti Amar Asyraf, Elgi Elvina, Fahrin Ahmad, Aleeza Kassim, Ruslan Salleh, Lisdawati, Dato' Zamshuri, Hasnah Hashim, Badrolshah Abd. Manan, Isa Khan, Farah Ali Khan, Ikram Kamaruzzaman dan ramai lagi.

  • Amar Asyraf sebagai Khalif
  • Roslan Salleh sebagai Pak Akob
  • Hasnah Hashim sebagai Mak Nah

Ianya sebuah kisah berlatarkan seorang graduan iaitu Khalif yang tidak bertanggung jawab terhadap ayah ibunya. Selepas ayahnya meninggal dunia, barulah kesedaran mula timbul dalam dirinya kerana terpaksa menjalankan aktiviti biznez ayahnya sebagai pemandu van jenazah.

Sebelum itu Khaliff rasa malu untuk menolong menjalankan biznez itu, bersama arwah ayahnya. Dia sering menghabiskan dengan berseronok dan berfoya-foya sahaja. Terdapat juga beberapa kisah yang lain yang seiring dengan kisah hidup Khaliff.

Telefilem Transit Terakhir Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post