Cara Daftar Baru Untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Yang Dibuka Bermula 1 Mac Ini

Cara daftar dan mohon baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online

Pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) hari ini telah mengumumkan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan dimana tarikh untuk pendaftaran baru bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibuka mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2023.

Pendaftaran baru ini adalah bertujuan bagi mereka yang layak atau masih tiada dalam pengkalan data kerajaan untuk daftar permohonan sekali gus membolehkan anda menerima STR selepas ini yang mana bakal memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

BACACara Semak Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Secara Online

Dalam tempoh ini juga, orang ramai yang sudah mendaftar sebelum ini atau penerima sedia ada juga boleh buat kemaskini terbaru jika ada sebarang perubahan maklumat.

Bagi mengurangkan golongan yang tercicir atau exclusion error, data penerima STR Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan di samping data daripada beberapa agensi Kerajaan untuk disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.

Cara Daftar Dan Permohonan Baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Permohonan baru dibuka dengan 2 cara iaitu secara dalam talian (online) dan secara manual atau fizikal

1)  Secara Dalam Talian (online) - boleh dibuat mulai 1 mulai 31 Mac 2023 melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my

Cara Daftar Baru Untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online

2)  Secara Manual/Fizikal - boleh dibuat mulai 8 hingga 31 Mac 2023 dengan hadir ke cawangan seperti dibawah dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR

  • Pejabat LHDNM
  • Pejabat Satelit (PS) LHDNM
  • Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Jadi anda boleh buat permohonan baru sekiranya anda sebelum ini tidak pernah menerima apa-apa bantuan sejak ianya diperkenalkan dengan beberapa nama sama ada BR1M, BSH, BPR, BKM dan terbaru dengan nama STR.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Cara Daftar Baru Untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Yang Dibuka Bermula 1 Mac Ini"