Info Dan Sinopsis Drama Imam Instant Ustazah Scammer Di Astro Ria

Drama Imam Instant Ustazah Scammer Di Astro Ria

Saksikan drama terbaru Imam Instant Ustazah Scammer yang akan menemui penonton mulai 5 Mac 2023, bersiaran setiap hari Ahad pada jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

Jika pada hujung minggu ada sebelum-sebelum ini disajikan dengan program-program realiti tv seperti Gegar Vaganza dan Big Stage, tetapi kali ini anda akan nikmati dan menonton sebuah drama komedi yang bakal memberi didikan agama kepada anda.

Selain itu, drama dengan 9 episod ini juga bakal menggandingkan buat pertama kali antara Hun Haqeem dan Mira Filzah dan kembalinya beliau selepas berumahtangga dan berehat seketika daripada pentas lakonan.

Bukan itu sahaja, dalam drama ini juga, kita akan dapat lihat pertama kali pelakon remaja yang sedang meningkat naik iaitu Qasrina yang dikatakan mempunyai wajah persis Mira Filzah bergandingan dalam satu skrin yang sama.

Naskah dengan genre drama komedi cinta ini merupakan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Hadith Omar dengan nukilan skrip serta idea yang diolah oleh Amar Amir sendiri.

Drama Imam Instant Ustazah Scammer Di Astro Ria

Barisan Pelakon & Watak Lakoan

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer ini seperti Mira Filzah, Hun Haqeem, Mierul Aiman, Qasrina Karim, Azza Elite, Mak Jah, Yasmin Hani, Usop Wilcha, Fendi Seman TJ Isa, Yassin Yahya dan ramai lagi.

  • Mira Filzah sebagai Ustazah Effa
  • Hun Haqeem sebagai Ashraf
  • Mierul Aiman sebagai Ronaldo
  • Qasrina Karim sebagai Siti Siakap
  • Azza Elite sebagai Saleha
  • Yasmin Hani sebagai Zubaidah

Sinopsis Drama Imam Instant Ustazah Scammer

Drama Imam Instant Ustazah Scammer ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Effa yang menyamar menjadi ustazah melarikan diri dari ahlong ke Kampung Ramadan. Demi membayara hutang, Effa sanggup menyamar menjadi ustazah dan menipu tentang latar belakangnya.

Secara tidak sengaja, Effa berjumpa dengan Imam Asyraf iaitu seorang influencer yang viral kerana alunan suara ketika mengajinya yang cukup merdu. Disebabkan itu, dia dilantik oleh Tok Jamlus untuk menjadi imam sepanjang tarawikh Ramadan ini.

Namun, gelaran imam yang diberi membuatkan Asyraf kurang selesa dan meminta orang ramai berhenti memanggilnya sebegitu kerana dia hanya cintakan al-Quran. Dalam masa yang sama dengan kehadiran Effa ke kampung itu membuatkan Asyraf mula mengesyaki sesuatu.

Drama Imam Instant Ustazah Scammer Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post