Drama Kau CEO Aku? - Sinopsis Dan Tayangan Di TV1

Drama Kau CEO Aku di TV1

Saksikan drama terbaru Kau CEO Aku? yang akan menemui penonton mulai 23 Mac 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Ahad pada jam 6.45 petang menerusi slot Widuri di saluran RTM TV1 atau boleh juga tonton secara online di RTM Klik.

Drama 26 episod yang merupakan adaptasi novel Kau? CEO Aku? karya Maya Rahman ini merupakan terbitan syarikat produksi Country Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh  Harris Fadzillah dengan nukilan skrip bersama Suhaila Nordin, Tinta Jingga dan PGR's Team.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Kau CEO Aku seperti Azrel Ismail, Puteri Aishah, Syazwan Zulkifly, Neera Azizi, Talha Harith, Sisi Harieza, Trisha Ooi, Zuhairi Ibrahim, Anne Abdullah, Amelina dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Azrel Ismail sebagai Danial Firdaus
  • Puteri Aishah sebagai Aisya Sofia
  • Syazwan Zulkifly sebagai Hakimi
  • Neera Azizi sebagai Mila Armilia
  • Talha Harith sebagai Syafiq
  • Sisi Hariesa sebagai Anis

Sinopsis Drama Kau CEO Aku

Drama Kau C.E.O Aku? mengisahkan tentang Aisha Sofia iaitu seorang gadis baik yang dididik dengan agama yang tidak menyangka apabila perkahwinannya diatur oleh keluarga bersama dengan seorang jejaka iaitu Danial Firdaus.

Danial iaitu seorang CEO sebuah syarikat dimana tempat Aisha bekerja. Dia merupakan seorang yang kaya dan memiliki rupa paras yang menawan. Walaupun begitu, dia sombong dan ego tinggi terhadap orang sekelilingnya.

Konflik bermula apabila kawan baik kepada Danial iaitu Mira datang kepada kehidupan dan cuba mengganggu perkahwinan mereka berdua. Apakah yang terjadi pada akhirnya?

Tayangan Drama Kau CEO Aku?

Jadi untuk ketahui apa kesudahannya, jangan lupa tonton drama Kau CEO Aku? mulai 23 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Ahad (setiap hari sepanjang Ramadan) pada pukul 6.45 petang di slot Widuri di TV1 atau boleh strim di RTM Klik

Drama Kau CEO Aku di TV1

Drama Kau CEO Aku di TV1

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Kau CEO Aku? - Sinopsis Dan Tayangan Di TV1"