Drama Kesempatan Kedua - Sinopsis Dan Tayangan Di TV Alhijrah
Saksikan drama terbaru Kesempatan Kedua yang akan menemui penonton mulai 23 Mac 2023, bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 6.30 petang menerusi saluran TV Alhijrah atau boleh juga tonton secara online di Alhijrah Plus.
Drama khas yang dibawakan sempena Ramadan inin merupakan terbitan syarikat produksi Sha's Media Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ayie Mustafa dengan nukilan skrip bersama daripada Pouvin dan Tommy Loh.
Barisan Pelakon
Berikut merupakan senarai pelakon yang terlibat dalam drama Kesempatan Kedua seperti Syazuwan Hassan, Ezzaty Abdullah, Faye Kusairi, Doria Rachel, Ikhwan Khairuddin, Kay Maria, Azman Jantan, Raja Azmi, Zuraini Kassim dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Syazuwan Hassan sebagai Haris
- Ezzaty Abdullah sebagai Qairah
- Faye Kusairi sebagai Adibah
- Doria Rachel sebagai Sharona
- Ikhwan Khairuddin sebagai Raihan
- Kay Maria sebagai Puan Diana
Sinopsis Drama Kesempatan Kedua
Drama Kesempatan Kedua mengisahkan tentang Haris iaitu seorang lelaki urban yang bersikap terbuka dimana dia mula mengenali dan kagum dengan kemujaraban 'doa' sehinggalah dia diuji dengan kehadiran dua orang wanita yang semakin dikasihinya.
Selami kisah hidup Haris yang diberikan kekuatan oleh Allah SWT dalam mengharungi cabaran hidup dan menangani serangan keresahan dalam kerjaya. Ternyata solat, doa dan puasa menjadi resipinya untuk mengemudikan laluan hidupnya.
Tayangan Drama Kesempatan Kedua
Jadi untuk ketahui kesudahannya, jangan lupa tonton drama Kesempatan Kedua mulai 23 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.30 petang di saluran TV Alhijrah atau boleh strim di Alhijrah Plus secara percuma.
Post a Comment for "Drama Kesempatan Kedua - Sinopsis Dan Tayangan Di TV Alhijrah"
Post a Comment