Drama Salam Famili - Sinopsis Dan Tayangan Di Astro Ceria

Drama Ramadan Salam Famili di Astro Ceria 611

Sempena Ramadan tahun ini, Astro bawakan sebuah drama komedi berjudul Salam Famili yang akan menemui penonton mulai 22 Mac 2023, bersiaran setiap hari Rabu pada jam 3.00 petang menerusi saluran Astro Ceria 611 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Astro tahun ini mengangkat tema 'Bukalah Hati' sempena menyambuat ketibaan bulan Ramadan. Oleh itu, pelbagai kandungan dan sajian hiburan termasuk islamik dan ilmiah yang akan disajikan kepada para penonton termasuk drama kekeluargaan islamik ini.

Drama yang bakal disiarkan sepanjang Ramadan ini merupakan terbitan syarikat produksi Filmscape Sdn. Bhd., diarahkan oleh Amirul Fadhli dengan nukilan skrip bersama daripada Farah Alya As'ari dan Farah Bani

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Salam Famili seperti Nadiya Nisaa, Aiman Nasir Wynne, Amar Baharin, Sabri Yunus, Ummar Dzariff, Kael Noah, Dhiyaa Raidah, Liza Abdullah, Laura Olivia dan ramai lagi

  • Nadiya Nisaa sebagai Siti Hawa
  • Aiman Nasir Wynne sebagai Adam
  • Amar Baharin sebagai Wan Rizal
  • Umar Dzariff sebagai Acap
  • Sabri Yunus sebagai Pak Din
  • Liza Abdullah sebagai Kak Tin

Sinopsis Drama Salam Famili

Drama Salam Famili mengisahkan tentang seorang muallaf iaitu Adam yang akan menyambut Ramadan dan mula berpuasa kali pertama di Malaysia sebagai saudara baru.

Dalam masa yang sama dia juga terjatuh cinta dengan seorang ibu tunggal iaitu Siti Hawa yang mempunyai jiwa yang kental dan sentiasa sabar dan terbuka hati membimbing anaknya untuk berpuasa.

Untuk mengahwini cinta hatinya, Adam mestilah mendapat restu ayah kepada ibu tunggal tersebut dengan menunjukkan dirinya boleh menjadi imam yang baik.

Tayangan Drama Salam Famili

Jadi untuk ketahui kesudahannya, jangan lupa untuk tonton drama Salam Famili mulai 22 Mac ini, setiap hari Rabu pada pukul 3.00 petang di saluran Astro Ceria 611 atau boleh juga strim di Astro Go dan tonton secara On Demand untuk waktu yang lebih fleksibel.

Drama Ramadan Salam Famili di Astro Ceria 611

Drama Ramadan Salam Famili di Astro Ceria 611

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post