Filem Sumpahan Syaitan Di Pawagam Mulai 2 Mac Ini

Filem Sumpahan Syaitan Di Pawagam Mulai 2 Mac Ini

Saksikan filem Sumpahan Syaitan yang akan menemui penonton, dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 2 Mac 2023 (Khamis) dan seterusnya. Jangan terlepas untuk menjadi antara penonton terawal bagi menyaksikannya.

🎫 Dapatkan tiket wayang murah - disini

Filem seram komedi ini merupakan terbitan syarikat produksi D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production, diarahkan oleh Roy Krishna dengan nukilan skrip daripada Epy Kodiang.

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Naskah ini menampilkan barisan pelakon seperti Dato' AC Mizal, Dato' Jalaludin Hassan, Farid Kamil, Nynaa Harizal, Saiful Apek, Azlee Senario, Pak Ya Sepahtu, Yassin Senario, Epy Kodiang, Syaiful Zero, Adam Shaz, Amai Kamaruddin dan ramai lagi.

  • Farid Kamil sebagai Sam
  • Dato Jalaludin Hassan sebagai Branco
  • Dato AC Mizal sebagai Malik
  • Adam Shaz sebagai Ray

Sinopsis Filem Sumpahan Syaitan

Filem Sumpahan Syaitan mengisahkan tentang Sam yang diperdaya untuk membuat pelaburan MLM yang dikendalikan oleh Ray. Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang tidak teragak-agak membunuh iaitu Branco.

Malik tidak bersetuju dengan cadangan itu, namun Sam tetap dengan pendiriannya untuk meminjam wang tu dan percaya bisnes yang dibuat akan memberi pulangan yang lumayan.

Selepas Sam menyedari beliau telah di tipu dari pelaburan MLM dan Ray telah menghilangkan diri, Sam membawa keluarganya berjumpa Malik bagi melarikan diri dari Branco. Malik telah mengarahkan Sam dan keluarganya pergi ke hotel lama yang baru dibelinya dari seorang pengurus untuk menyembunyikan diri dari dikesan Branco.

Sam bersama isteri dan anaknya, Angel, telah disambut baik oleh pekerja hotel. Namun setelah Sam mengelolakan hotel tersebut, pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut. Rupa-rupanya hotel itu telah di sumpah oleh syaitan yang pernah dipuja pada satu ketika dulu.

Apakah yang akan terjadi kepada Sam dan keluarganya?Adakah Branco berjaya mendapatkan kembali wangnya?

Filem Sumpahan Syaitan Di Pawagam Mulai 2 Mac Ini

Filem Sumpahan Syaitan Di Pawagam Mulai 2 Mac Ini

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post