Jadual Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Turkmenistan Dan Hong Kong Tahun 2023

Jadual Perlawanan Persahabatan Malaysia Bertemu Turkmenistan Dan Hong Kong Tahun 2023

Kita lupakan sebentar aksi Liga Super dan tumpuan kini semuanya terarah kepada skuad bola sepak negara menerusi pasukan Harimau Malaya yang akan mengharungi dua perlawanan persahabatan Tier 1 iaitu bertemu Turkmenistan dan Hong Kong sepanjang kalendar FIFA ini berlangsung.

Malaysia akan berhadapan Turkmenistan terlebih dahulu pada 23 Mac 2023 (Khamis) dan akan bertemu Hong Kong untuk perlawanan persahabatan kedua pada 28 Mac 2023 (Selasa) dan kedua-dua perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Jika anda masih ingat sebelum ini, Malaysia buat pertama kali bertemu Turkmenistan iaitu dalam peringkat kelayakan AFC Asian Cup untuk Group E. Dalam perlawanan tersebut, Malaysia berjaya meraih kemenangan pertama dengan jaringan 3-1. Dengan hasil 2 kemenangan dan 1 tewas, Malaysia buat pertama kalinya layak ke Piala Asia buat pertama kali secara merit.

Malaysia kini menduduki tangga ke-145 dalam rangking FIFA. Manakala Turkmenistan berada di kedudukan 10 lebih baik iaitu di keduduakn ke-135. Adakah Malaysia sekali lagi mampu mencatatkan kemenangan ke atas Turkmenistan dalam pertemuan kali kedua nanti? Tunggu...

Kebiasaanya dalam kalendar FIFA, setiap pasukan negara akan bermain 2 perlawanan. Jadi untuk satu lagi perlawanan melibatkan skuad Kim Pan Gon adalah bertemu Hong Kong yang mana setakat ini kedua-duanya telah bertemu sebanyak 9 kali dan ini kali ke-10.

Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu adalah pada tahun 2022 juga dalam perlawanan persahabatan dan menyaksikan Malaysia memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 2 gol tanpa balas. Kali terakhir Malaysia tewas kepada Hong Kong adalah pada tahun 2012. Untuk rekod keseluruhan, Malaysia menang 3 kali, tewas 2 kali dan meraih keputusan seri sebanyak 4 kali.

Malaysia dan Hong Kong masing-masing berada di kedudukan 145 dan 146 dalam rangking FIFA. Hanya beberapa mata sahaja yang memisahkan antara keduanya. Ini juga pastinya perlawanan yang ditunggu-tunggu adakah Hong Kong dapat berbuat sesuatu terhadap skuad Harimau Malaysia atau pasukan tuan rumah ini akan terus mengaum dan menewaskan pasukan pelawat.

Kedua-dua perlawanan ini sangat penting untuk pasukan Malaysia. Dengan kemenangan pastinya akan memberi mata penting sekali gus akan menentukan kedudukan rangking FIFA dan pastinya berharap untuk terus berada di kedudukan yang lebih baik.

Jadual Perlawanan Persahabatan Pasukan Harimau Malaya

Pasti ramai yang teruja terutamanya bagi peminat bola sepak tanah air untuk menyaksikan semula aksi pasukan Harimau Malaya dibawah kepimpinan Kim Pan Gon untuk beraksi lebih baik dan menunjukkan corak permainan yang pantas.

Tambahan pula, perlawanan pertama iaitu bertemu Turkmenistan akan berlangsung pada hari pertama Ramadan. Walaupun begitu, sepak mula hanya akan berlangsung pada jam 10.00 malam. Jadi nak taraweh semua sempat lagi dan kemudian baru datang stadium.

Jadi datang stadium kenalah dapatkan tiket masuk yang kini sudah mula dijual kepada orang ramai. FAM telah menetapkan harga tiket RM30 bagi tempat duduk terbuka dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun. Tiket hanya boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my dan tiada penjualan tiket fizikal di stadium. Jadi boleh dapatkan sekarang sebelum sold out.

Kali ini, pasukan Harimau Malaya tidak akan bermain di stadium keramat mereka di Bukit Jalil tetapi bermain selatan tanah air iaitu di Stadium Sultan Ibrahim di Johor. Mungkin ada yang jauh dan tidak berkesempatan untuk datang.

Disebabkan itulah, sampai dua syarikat penyiar akan membawakan kedua-dua perlawanan persahabatan ini secara langsung. Anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena 801 atau secara online di Astro Go. Juga tersedia secara percuma untuk NJOI dan penstriman web dan aplikasi Sooka.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live menerusi saluran TV9. Kalau tiada tv, anda boleh strim di platform Tonton juga secara percuma. Jadi anda ada pilihan untuk saksikan perlawanan ini tanpa perlu link haram.

Jadi untuk semua penyokong Harimau Malaya, jangan lupa janji kita untuk dua perlawanan ini dan untuk terus memberikan sokongan padu kepada skuad negara untuk mengharungi aksi persahabatan menentang Turkmenistan dan Hong Kong. Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan yang akan dikemaskini kemudian

23 Mac 2023 (Khamis)

FT : Malaysia (1) - (0) Turkmenistan

  • Akhyar Rashid 29'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim, Johor
Tayangan : Astro Arena 801 & TV9
Live Stremaing : Link 1 | Link 2

28 Mac 2023 (Selasa)

Malaysia vs Hong Kong

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim, Johor
Tayangan : Astro Arena 801 & TV9
Live Streaming : Astro Go | Sooka | Tonton

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post