Jadual Dan Siaran Langsung Badminton Swiss Open 2023

Jadual Dan Siaran Langsung Badminton Swiss Open 2023

Kejohanan BWF World Tour 2023 diteruskan lagi dan masih di benua Eropah iaitu menerusi pertandingan Swiss Open 2023 yang dijadualkan bermula pada 21 hingga 26 Mac 2023 bertempat di St. Jakobshalle, Basel Switzerland.

Yonex Swiss Open 2023 merupakan acara berstatus Super 300 yang mana masih menawarkan mata ranking BWF yang baik bagi setiap penyertaan beserta hadiah wang tunai dengan jumlah keseluruhan sebanyak USD210,000 atau sekitar RM890 ribu.

Kejohanan : Yonex Swiss Open 2023
Status : Super 300
Tarikh : 21 Mac - 26 Mac 2023
Tempat : St. Jakobshalle, Basel Switzerland
Hadiah : USD210,000 (~RM890 Ribu)

Senarai Pemain Malaysia Dalam Swiss Open 2023

Kerana ianya merupakan kejohanan Super 300, mungkin kita tidak dapat lihat sepenuhnya aksi daripada pemain top di dunia. Walaupun begitu, masih ada nama-nama besar yang menyertai kejohanan ini termasuklah daripada kem negara sendiri.

Berikut merupakan senarai pemain Malaysia sama ada pemain dibawah naungan BAM atau pemain profesional negara yang menyertai Swiss Open 2023

[Perseorangan Lelaki] - Chem June Wei, Liew Daren, Ng Tze Yong, Soong Joo Ven, Lee Zii Jia [2]

[Perseorangan Wanita] - Kisona Selvaduray, Goh Jin Wei

[Beregu Lelaki] - Boon Xin Yuan/Wong Tien Ci, Aaron Chia [1]/Soh Wooi Yik, Tan Kian Meng, Tan Wee Kiong, Ong Yew Sin [3]/Teo Ee Yi

[Beregu Wanita] - Vivian Hoo/Lim Chiew Sien, Tan Pearly [3]/Thinaah Muralitharan

[Beregu Campuran] - Wong Tien Ci/Lim Chiew Sien, Chen Tang Jie/Toh Ee Wei, Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing, Goh Soon Huat [6]/Lai Shevon Jemie, Tan Kian Meng [3]/Lai Pei Jing, Chan Peng Soon/Cheah Yee See

Siaran Langsung Perlawanan Badminton Swiss Open 2023

Untuk kejohanan ini, perlawanan akan dibawakan secara langsung di kaca tv anda menerusi saluran Astro Supersport 814 dan boleh juga tonton secara online di Astro Go. Walaupun begitu, tayangan hanya akan bermula pada peringkat Separuh Akhir dan Final sahaja iaitu pada 25 dan 26 Mac ini.

Untuk peringkat awal, anda masih boleh saksikan secara langsung iaitu live streaming yang disediakan oleh pihak BWF menerusi saluran youtube rasmi di BWF TV. Jika tiada, mungkin anda perlu sambungan VPN (tengok sini) untuk mendapat akses tontonan di youtube tersebut.

Jadual & Keputusan Perlawanan Badminton BWF Swiss Open 2023

Berikut merupakan senarai jadual dan keputusan bagi setiap perlawanan yang hanya melibatkan wakil dan pemain Malaysia sahaja dalam kejohanan Swiss Open 2023.

Jadi untuk peminat badminton tanah air khususnya, jangan ketinggalan untuk menyaksikan perlawanan badminton dan terus untuk memberikan sokongan kepada pemain-pemain negara

21 Mac 2023 (Selasa) - Kelayakan [Q] & Pusingan 32

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 6.00 petang waktu Malaysia.

[Kelayakan, Q]

[MS] Julien Scheiwiller (SUI) vs (MAS) Soong Joo Ven - [7-21, 16-21]

[XD] Wong Tien Ci/Lim Chiew Sien (MAS) vs (CHN) He Ji Ting/Du Yue - [7-21, 12-21]

[WS] Kisona Selvaduray (MAS) vs (FRA) Yaelle Hoyaux - [21-13, 21-17]

[MD] Rohan Kapoor/Reddy B. Sumeeth (IND) vs (MAS) Boon Xin Yuan/Wong Tien Ci - [15-21, 20-22]

[MS] Soong Joo Ven (MAS) vs (PAK) Adel Hamek - [21-17, 21-14]

[Pusingan 32]

[MD] A Dunn/Adam Hall (SCO) vs (MAS) Ong Yew Sin [3]/Teo Ee Yi - [20-23, 13-21]

[MD] Tan Kian Meng/Tan Wee Kiong (MAS) vs (TPE) Lee Jhe-Huei/Yang Po-Hsuan - [12-21, 21-15, 11-21]

[WD] Tan Pearly [3]/Thinaah M (MAS) vs (TPE) Lee Chia Hsin/Teng Chun Hsun - [15-21, 21-14, 16-21]

[MD] Aaron Chia [1]/Soh Wooi Yik (MAS) vs (SUI) A Boundier/M Q Pham - [21-10, 21-10]

[WD] Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (MAS) vs (USA) Annie Xu/Kerry Xu - [21-18, 21-18]

---------------------------------------------

22 Mac 2023 (Rabu) - Pusingan 32

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 6.00 petang waktu Malaysia.

[MD] S Rankireddy [2]/Chirag Shetty (IND) vs (MAS) Boon Xin Yuan/Wong Tien Ci - [21-15, 21-18]

[MS] Li Shi Feng (CHN) vs (MAS) Lee Zii Jia [2] - [21-18, 18-21, 21-23]

[XD] Nicolas A. Mueller/R Stern (SUI) vs (MAS) Chen Tang Jie/Toh Ee Wei - [11-21, 13-21]

[XD] Goh Soon Huat [6]/Lai Shevon Jemie (MAS) vs (INA) P Jordan/Melati Oktavianti - [13-21, 21-15, 22-20]

[XD] Mark Lamsfuss [4]/Isabel Lohau (GER) vs (MAS) Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing - [18-21, 21-18, 21-19]

[WS] Goh Jin Wei (MAS) vs (DEN) Line H. Kjaersfeldt - [12-21, 21-17, 21-13]

[XD] H Midorikawa/Natsu Saito (JPN) vs (MAS) Chan Peng Soon/Cheah Yee See - [21-15, 21-19]

[XD] Yang Po-Hsuan/Hu Ling Fang (TPE) vs (MAS) Tan Kian Meng [3]/Lai Pei Jing - [21-16, 21-16]

[WS] S Kisona (MAS) vs (SCO) Kirsty Gilmour - [9-21, 16-21]

[MS] Cheam June Wei (MAS) vs (MAS) Liew Daren - [21-14, 21-13]

[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs *Soong Joo Ven - [23-25, 21-17, 13-4] *RET

---------------------------------------------

23 Mac 2023 (Khamis) - Pusingan 16

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 7.00 petang waktu Malaysia.

[MD] K Mitsuhashi/H Okamura (JPN) vs (MAS) Ong Yew Sin [3]/Teo Ee Yi - [21-15, 13-21, 15-21]

[MD] Aaron Chia [1]/Soh Wooi Yik (MAS) vs (JPN) Akira Koga/Taichi Saito - [21-17, 16-21, 17-21]

[MS] Nhat Nguyen (IRL) vs (MAS) Lee Zii Jia [2] - [19-21, 15-21]

[WD] Baek Ha Na [5]/Lee So Hee (KOR) vs (MAS) Vivian Hoo/Lim Chiew Sien - [13-21, 21-16, 21-12]

[XD] He Ji Ting/Gu Yue (CHN) vs (MAS) Chen Tang Jie/Toh Ee Wei - [21-11, 14-21, 14-21]

[XD] Goh Soon Huat [6]/Lai Shevon Jemie (MAS) vs (TPE) Chiu Hsiang Chieh/Lin Xiao Min - [21-15, 14-21, 21-14]

[MS] Cheam June Wei (MAS) vs (MAS) Ng Tze Yong - [12-21, 17-21]

[WS] *Goh Jin Wei (MAS) vs (THA) Pornpawee Chochuwong [6] - [4-13] *RET

---------------------------------------------

24 Mac 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 9.00 malam waktu Malaysia.

[MS] Chia Hao Lee (TPE) vs (MAS) Lee Zii Jia [2] - [12-21, 17-21]

[MS] Chou Tien Chen [3] (TPE) vs *(MAS) Ng Tze Yong - [21-11, 2-0]*RET

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (NED) Robin Tabeling [8]/Selena Piek - [19-21, 21-19, 19-21]

[MD] Muhammad S. Fikri [6]/Bagas Maulana (INA) vs (MAS) Ong Yew Sin [3]/Teo Ee Yi - [21-16, 12-21, 19-21]

[XD] Supak Jomkoh/S. Paewsampran (THA) vs (MAS) Goh Soon Huat [6]/Lai Shevon Jemie - [18-21, 18-21]

---------------------------------------------

25 Mac 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 9.00 malam waktu Malaysia.

[MD] Ong Yew Sin [3]/Teo Ee Yi (MAS) vs (IND) S. Rankireddy [2]/Chirag Shetty - [19-21, 21-17, 17-21]

[MS] Koki Watanabe (JPN) vs (MAS) Lee Zii Jia [2] - [21-11, 21-14]

[XD] Robin Tabeling [8]/Selena Piek (NED) vs (MAS) Goh Soon Huat [6]/Lai Shevon Jemie - [14-21, 21-23]

---------------------------------------------

26 Mac 2023 (Ahad) - Final

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 6.00 petang waktu Malaysia mengikut giliran. Live Streaming : Link 1 | Link 2

[WD] Rena Miyaura/Ayako Sakuramoto (JPN) vs (JPN) Yuki Fukushima [6]/Sayaka Hirota - [WO]

[MD] Ren Xiang Yu/Tan Qiang (CHN) vs (IND) S Rankireddy [2]/Chirag Shetty - [19-21, 22-24]

[WS] Mia Blichfeldt (DEN) vs (THA) Pornpawee Chochuwong [6] - [16-21, 18-21]

[XD] Goh Soon Huat [6]/Lai Shevon Jemie (MAS) vs (CHN) Jiang Zhen Bang/Wei Ya Xin - [17-21, 21-19, 17-21]

[MS] Chou Tien Chen [3] (TPE) vs (JPN) Koki Watanabe - [20-22, 21-18, 12-21]

---------------------------------------------

Untuk ketahui keputusan dan jadual dari perlawanan-perlawanan lain, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di https://bwfworldtour.bwfbadminton.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post