Jadual Dan Siaran Langsung Badminton German Open 2023

Jadual Dan Siaran Langsung Badminton German Open 2023

Pasti ramai Badminton Lovers sudah tunggu saat ini. Hampir kurang lebih dua minggu tanpa apa-apa aksi badminton yang boleh disaksikan dan kini mereka kembali menerui kejohanan German Open 2023 yang dijadualkan bermula dari 7 hingga 12 Mac 2023 bertempat di Westenergie Sporthalle di Mulheim, Germany.

Jika sebelum ini kali terakhir adalah untuk kejohanan antarabangsa dan Malaysia sertai kejohanan Badminton Asia Mixed Team Championships 2023 yang ketika itu berlangsung di Dubai, UAE. Perjuangan Malaysia terhenti di pusingan suku akhir sahaja.

Jika dilihat dalam kalendar BWF World Tour, kali terakhir adalah ketika di Thailand Masters 2023 kira-kira sebulan yang lepas. Kini bersambung untuk kejohanan seterusnya dana beberapa siri yang berlangsung di Eropah.

Yonex German Open 2023 merupakan acara berstatus Super 300 yang mana masih menawarkan mata rangking BWF beserta hadiah yang tunai dengan jumlah keseluruhan sebanyak USD210,000 atau sekitar RM890 ribu.

Kejohanan : Yonex German Open 2023
Status : Super 300
Tarikh : 7 - 12 Mac 2023
Tempat : Westenergie Sporthalle di Mulheim, Germany
Hadiah : USD210,000 (~RM890 Ribu)

Senarai Pemain Malaysia Dalam German Open 2023

Kerana ianya merupakan Super 300, mungkin ktia tidak dapat lihat ramai pemain badminton top dunia. Tetapi Malaysia masih memiliki wakil utama dalam semua kategori sama ada dibawah naungan BAM dan pemain profesional. Berikut antara pemain negara yang sertai German Open 2023

[Perseorangan Lelaki] - Lee Zii Jia [1], Liew Daren, Cheam June Wei

[Perseorangan Wanita] - Goh Jin Wei

[Beregu Lelaki] - Aaron Chia [1]/Soh Wooi Yik, Tan Kian Meng/Tan Wee Kiong, Ong Yew Sin [5]/Teo Ee Yi

[Beregu Wanita] - Tan Pearly [3]/Thinaah Muralitharan, Vivian Hoo/Lim Chiew Sien

[Beregu Campuran] - Chen Tang Jie/Toh Ee Wei, Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing, Tan Kian Meng [3]/Lai Pei Jing

Siaran Langsung Perlawanan Badminton German Open 2023

Untuk kejohanan ini, perlawanan akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 814 dan secara online di Astro Go. Walaupunbegitu, tayangan hanya akan bermula pada hari kelima pada peringkat separuh akhir dan final sahaja.

Selain itu, anda juga boleh strim secara online menerusi saluran youtube rasmi di BWF TV. Kebiasaanya, anda perlu sambungan VPN (tengok sini) untuk menonton kejohanan badminton seperti ini di youtube.

Jadual & Keputusan Perlawanan Badminton BWF German Open 2023

Berikut merupakan senarai penuh jadual dan keputusan perlawanan badminton BWF Yonex German Open 2023 melibatkan wakil dan pemain Malaysia sahaja.

7 Mac 2023 (Selasa) - Kelayakan [Q] & Pusingan 32

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 4.00 petang waktu Malaysia.

[XD] Tan Kian Meng [3]/Lai Pei Jing (MAS) vs (INA) D Ferdinansyah/G E Widjaja - [14-21, 14-21]

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (MAS) Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing - [21-12, 20-22, 21-14]

-------------------------------------------

8 Mac 2023 (Rabu) - Pusingan 32

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 5.00 petang waktu Malaysia.

[WS] Lianne Tan (BEL) vs (MAS) Goh Jin Wei - [21-23, 13-21]

[MS] Liew Daren (MAS) vs (JPN) Kanta Tsuneyama - [18-21, 17-21]

[MS] Kenta Nishimoto (JPN) vs (MAS) Cheam June Wei - [21-10, 21-15]

[MS] Lee Zii Jia [1] (MAS) vs (DEN) Magnus Johannesen - [21-11, 21-5]

[WD] Tan Pearly [3]/M Thinaah (MAS) vs (IRL) Kate Frost/Moya Ryan - [21-7, 21-18]

[MD] Fang-Chih Lee/Lee Yang (TPE) vs (MAS) Ong Yew Sin [5]/Teo Ee Yi - [21-17, 20-22, 15-21]

[WD] Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (MAS)* vs (KOR) Jeong Na Eun [2]/Kim Hye Jeong - [12-21] *RET

-------------------------------------------

9 Mac 2023 (Khamis) - Pusingan 16

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 8.00 malam waktu Malaysia.

[WS] Pornpawee Chochuwong [8] (THA) vs (MAS) Goh Jin Wei - 8.05PM

[XD] Seo Seung Jae [6]/Chae Yu Jung (KOR) vs (MAS) Chen Tang Jie/Toh Ee Wei - 8.10PM

[MS] Lee Zii Jia [1] (MAS) vs (TPE) Chia Hao Lee - 9.00PM

[MD] Tan Kian Meng/Tan Wee Kiong (MAS) vs (KOR) Kang Min Hyuk/Seo Seung Jae - 1.10AM

[MD] Aaron Chia [1]/Soh Wooi Yik (MAS) vs (JPN) Akira Koga/Taichi Saito - 1.10AM

[WD] Tan Pearly [3]/M Thinaah (MAS) vs (SCO) J Macpherson/Ciara Torrance - 2.50AM

[MD] Lee Jhe-Huei/Yang Po-Hsuan (TPE) vs (MAS) Ong Yew Sin [5]/Teo Ee Yi - 2.50AM

-------------------------------------------

10 Mac 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

11 Mac 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

12 Mac 2023 (Ahad) - Final

Untuk ketahui keputusan dan jadual dari perlawanan-perlawanan lain, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di https://bwfworldtour.bwfbadminton.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post