Senarai Pemenang The Masked Singer Malaysia Musim Ke 3

Tahniah Aida Jebat juara The Masked Singer Malaysia 3 tahun 2023

Teka-teki pemilik suara di sebalik topeng terjawab sepenuhnya apabila penyanyi Aida Jebat yang memakai topeng Betta Fish diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim ketiga dalam final.

Pada konsert akhir program tersebut, Aida Jebat mendapat markah tertinggi daripada pihak juri menerusi persembahan dua buah lagu iaitu Titanium untuk nyanyia solo dan Salam Terakhir duet bersama Marsha Milan.

Kemenangan tersebut sekali gus meletakkan Syamel sebagai Nyok Muda di tempat kedua dan juga menjadi naib juara untuk musim kali ini.

Sementara itu, penyanyi yang kini menempah nama di Malaysia dan juga juara Big Stage Musim Kedua, Han Byul memakai kostum Pizza Panas diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.

Tempat keempat pula menjadi milik Mimi Fly yang memakai kostum Dewi Angsa dan kedudukan kelima dimiliki pemakai topeng Brokoli, iaitu seorang penyanyi terkenal Hael Husaini.

Selain itu, lebih menarik apabila kesemua peserta pada malam tersebut diteka dengan betul oleh semua juri.

Pada konsert akhir program tersebut, seramai 5 peserta yang masih membuat persembahan iaitu Beta Fish, Nyoq Muda, Brokoli, Dewi Angsa dan Pizza Panas. Manakala Mawar Berduri iaitu Idayu AF terkanda di semi final pada minggu lalu.

Malam final juga kesemua peserta akan membuat persembahan dengan 2 tugasan iaitu nyanyian solo dan duet. Betta Fish berduet bersama Marsha Milan, Pizza Panas berduet bersama  Amir Masdi, Dewi Angsa bersama Sophia Liana, Nyoq Muda nyanyi bersama Idris Brown dan terakhir Brokoli berduet bersama Ernie Zakri.

Kesemua persembahan peserta telah diadili oleh 8 orang juri iaitu Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias, Atu Zero dan Ella serta seorang juri tambahan iaitu Misha Omar.

Terdahulu, sebanyak 9 peserta yang telah tersingkir dan didedahkan identitinya pada minggu sebelum ini terdiri daripada Datuk Leong Mun Yee (Lollipop), Dato Malek Noor (Abang Burger), Liza Abdullah (Kurita) dan Dato' Jalaluddin Hassan (Manggis).

Selain itu, Norman Hakim (Zirafah), Amsyar Lee (Si Tangkis), Ajai (Mr Parrot), Zizi Kirana (Bertih Jagung) dan peserta terakhir tersingkir ialah Idayu AF (Mawar Berduri).

BACA : Identiti Setiap Peserta The Masked Singer Malaysia Musim Ketiga

Rancangan The Masked Singer Malaysia 3 yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal telah bersiaran selama 11 minggu yang disiarkan pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Warna 107 atau boleh strim secara online di Astro Go.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post