Siaran Langsung Live JDT vs Kelantan Liga Super 2023

Siaran Langsung Live JDT vs Kelantan Liga Super 2023

Peminat bola sepak di Malaysia pastinya tidak sabar untuk saksikan perlawanan Liga Super 2023 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kelantan FC yang bakal berlangsung pada 11 Mac 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Ibrahim.

JDT yang kini mendudukan tangga teratas Liga Super Malaysia terkenal dengan barisan pemain yang hebat dan mengkamumkan seperti Diogo, Arif Aiman serta penyerang prolifik mereka Bergson. Sebuah pasukan yang konsisten menguasai persada bola sepak Malaysia sejak beberapa musim sebelum ini.

Sebaliknya, Kelantan adalah sebuah pasukan yang mempunyai sejarah tersendiri serta baru sahaja dinaikkan ke Liga Super untuk musim 2023 ini. Kini mereka menduduki tangga ketujuh selepas meraih 3 mata selepas hanya menang satu daripada tiga perlawanan terakhir mereka.

Perlawanan akan datang ini antara JDT dan Kelantan pastinya menarik dengan kedua-dua pasukan tidak sabar-sabar untuk beraksi di atas padang. Penyokong masing-masing juga pasti teruju untuk berkumpul dan memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran mereka.

Kelebihan tuan rumah. JDT aka beraksi di halaman sendiri di Stadium Sultan Ibrahim yang pastinya memberi kelebihan kepada mereka. Stadium ini juga terkenal dengan penyokong seperti ultras mereka yang boleh membantu memotivasikan JDT untuk meraih kemenangan.

Bukan itu sahaja, JDT juga antara pasukan yang kini mencatatkan kemenangan tiga kali berturut-turut dalam Liga Super. Ini pastinya memberikan lebih tonik kepada mereka untuk terus mempertahankan keputusan tersebut bagi mengelakkan kekalahan apabila bertemu Kelantan nanti. 

Kelantan juga pastinya akan mengintai sesuatu apabila bertandang di tempat lawan. Pastinya mereka juga akan cuba sehabis baik sekurang-kurangnya membawa pulang 1 mata ke Kota Bharu bagi terus memberikan saingan untuk musim kali ini.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung JDT vs Kelantan Dalam Liga Super 2023

Untuk penyokong JDT jangan lupa untuk penuhkan stadium pada hujung minggu ini dengan dapatkan tiket masuk ke stadium yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my serta boleh dibeli di perkarangan stadium juga.

Selain itu, perlawanan ini juga akan ditayangakn secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my percuma untuk semua pengguna Astro yang melanggan Sport Pack.

Tetapi yang yang tiada Astro, perlawanan ini turut disediakan di platform penstriman web dan aplikasi Sooka. Anda boleh langgan dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1-perlawanan atau pas Liga Malaysia dengan harga RM28.90 sebulan.

Jadi kepada semua peminat bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan yang bertanding untuk saksikan perlawanan ini secara live. Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan antara Johor Darul Ta'zim vs Kelantan FC untuk Liga Super 2023 LS4

11 Mac 2023 (Sabtu)

FT : JDT (5) - (1) Kelantan

  • Diogo 3'
  • Endrick Dos Santos 26'
  • Forestieri 35'
  • Juan Muniz 56'
  • Gabriel Rolon 69' (P)
  • Arif Aiman 82' (P)

Masa : 5.30 Petang
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post