Siaran Langsung Live Sabah vs JDT Liga Super 2023

Sabah vs JDT

Aksi bola tempatan kini kembali menerusi Liga Super 2023 yang bersambung semua untuk minggu keenam selepas international break sebelum ini dan kali ini mempertemukan Sabah FC dan Johor Darul Ta'zim FC yang mana perlawanan ini akan berlangsung pada 9 Ogos 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Likas

Selepas aksi yang memberangsangkan daripada skuad Harimau Malaya untuk aksi persahabatan sebelum ini, pemain-pemain yang terpilih pastinya akan teruskan momentum tersebut dibawa bersama kelab untuk perlawanan Liga Super.

Ini pastinya menjadi perlawanan tumpuan dan terpenting untuk minggu ini apabila mempertemukan dua pasukan yang menduduki tempat teratas liga. JDT kini dengan 15 mata berada di puncak, manakala Sabah hanya ketinggalan 2 mata sahaja iaitu 13 mata berada dibelakangnya iaitu di tempat kedua.

JDT satu-satunya pasukan yang masih belum kehilangan mata setakat lima perlawanan awal. Ini bermakna, pasukan ini juga tidak pernah meraih keputusan seri atau tewas sepanjang liga berlangsung. Hanya kemenangan yang dikecapi walaupun sudah berdepan dengan beberapa lawan yang kuat.

Sedikit berbeza dengan Sabah dimana daripada lima perlawanan awal, mereka telah meraih keputusan seri iaitu sekali ketika berdepan dengan Sri Pahang di Kuantan yang mana perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan 1-1. Jadi disini, Sabah sudah tercicir dua mata.

Walaupun begitu, statistik ini tidaklah memisahkan mereka begitu jauh. Jika JDT tewas pada malam tersebut, secara automatik Sabah akan merampas kedudukan puncak liga. Sebaliknya jika Sabah yang tewas, daripada dua mata dipisahkan akan menjadi lima mata dan pastinya ianya menjadi semakin jauh.

Kita sudah tahu, JDT telah mendominasi Liga Super hampir sedekad apabila telah menjuarainya untuk sembilan kali berturut-turut. Setakat ini, masih tiada lagi pasukan yang berjaya mengganggu-gugat Harimau Selatan untuk terus beraksi baik di atas padang.

Akan tetapi ini adalah bola sepak. Kesemuanya adalah tidak mustahil untuk terjadi. Mungkin juga Sabah peroleh ramuan terbaik kali ini untuk memberhentikan tempo serangan daripada skuad JDT sekali gus peroleh kemenangan untuk pasukan tersebut.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung JDT vs Sabah Dalam Liga Super 2023

Pasti ramai yang teruja untuk kembali ke stadium ditambah pula dengan kehadiran Ramadan untuk beberapa perlawanan liga kali ini. Seperti yang diumumkan oleh MFL, sepanjang Ramadan, sepak mula adalah bermula jam 10.00 malam untuk semenanjung Malaysia dan 9.15 malam untuk Sabah dan Sarawak.

Jadi peminat dan penonton bola sepak masih sempat untuk datang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan selepas habis solat tarawih. Boleh la layan bola sepak sambil moreh.

Khusus untuk penyokong pasukan JDT, kini anda boleh sudah boleh mula dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Penjualan dibuka khusus untuk pasukan tuan rumah sahaja.

Tapi jangan risau bagi yang tidak berkesempatan untuk saksikan perlawanan di stadium dimana untuk bulan Ramadan juga tetap akan disiarkan secara langsung di kaca tv dan match ini akan ditayangkan di saluran Astro Arena 803 dan Astro Go.

Sekiranya anda sudah ada akaun Sooka, anda boleh guna sahaja web atau aplikasi tersebut untuk saksikan perlawanan ini kerana ianya ditayangkan secara percuma. Anda tidak perlu buat langganan seperti perlawanan lain.

Jadi kepada semua peminat bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan yang bertanding ini untuk saksikan perlawanan ini secara live. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Johor Darul Ta'zim vs Sabah untuk aksi Liga Super 2023 LS6

31 Mac 2023 (Jumaat)

Sabah vs JDT

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post