Siaran Langsung Live Kedah vs PDRM Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Kedah vs PDRM Liga Super 2023

Minggu ketiga Liga Super 2023 diteruskan lagi dan kali ini bakal mempertemukan Kedah Darul Aman SC dan PDRM FC yang mana perlawanan ini bakal diadakan pada 4 Mac 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Darul Aman.

Untuk rekod untuk dua perlawanan awal, Kedah kini berada di tempat keempat dibelakang JDT dengan meraih 6 mata maksima selepas dua kemenangan yang dicatatkan ketika bertemu Perak dan Terengganu pada perlawanan lalu.

Manakala PDRM kini menduduki tempat ke-11 dengan jumlah mata adalah 1 selepas tewas pada perlawanan pertama dan seri untuk perlawanan kedua. Kali ini bertemua dengan pasukan yang lebih kuat.

Skuad Nafuzi Zain pastinya tidak akan mensia-siakan peluang bermain di tempat sendiri bagi mendapatkan 3 mata sekali gus memperkukuhkan kedudukan di antara pasukan teratas bagi memberikan tekanan kepada pasukan lain juga.

Manakala The Cops juga sekiranya tidak berjaya mencipta kemenangan, mereka sekurang-kurangnya mampu untuk mencuri satu mata lagi-lagi perlu berhadapan dengan ribuan penyokong setia Sang Kenari.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Kedah vs PDRM Dalam Liga Super 2023

Untuk penyokong berhampiran terutamanya orang-orang Kedah, jangan lupa untuk penuhkan stadium pada malam ini bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan untuk beraksi baik dan cemerlang sepanjang 90 minit.

Anda kini boleh beli dan dapatkan tiket masuk secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM18.60 untuk tiket terbuka dan RM39.14 untuk tiket grandstand. Anda juga boleh beli tiket di kaunter stadium.

Bagi yang jauh dan tidak berkesempatan untuk datang, perlawanan ini juga akan disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go percuma untuk pelanggan Astro.

Tapi bagi yang tidak mempunyai Astro, perlawanan ini juga anda boleh strim secara online menerusi platform web dan aplikasi Sooka dengan langganan serendah RM4.90 untuk pas 1-perlawanan. Boleh pilih perlawanan mana yang anda ingin saksikan.

Jadi kepada semua peminat bola sepak tempatan, jangan terlepas untuk saksikan perlawanan ini secara langsung. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Kedah Darul Aman vs PDRM untuk aksi Liga Super 2023 LS3

4 Mac 2023 (Sabtu)

FT : Kedah Darul Aman (0) - (1) PDRM

  • Manuel Ott 54' (kad merah)
  • Nafuzi Zain 70' (kad merah)
  • Bruno Suzuki 75'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Aman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go | Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post