Siaran Langsung Live Kelantan United vs Perak Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Kelantan United vs Perak Liga Super 2023

Minggu ketiga Liga Super 2023 diteruskan lagi dengan perlawanan pertama bakal mempertemukan Kelantan United FC dan Perak FC yang mana perlawanan ini bakal diadakan pada 4 Mac 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Setakat ini, kedua-dua pasukan berada di kedudukan 5 terbawah apabila Perak di tangga ke-10 dengan 1 kekalaha dan 1 seri, manakala Kelantan United di tangga ke-12 apabila tewas untuk kedua-dua perlawanan awal.

Kelantan United bakal menerima kunjungan Perak yang mana perlawanan ini juga merupakan kali pertama pasukan tersebut bermain di laman sendiri di pentas Liga Super kali ini. Pastinya pengalaman yang menarik jika berjaya peroleh 3 mata.

Sama seperti Kelantan United, Perak juga masih lagi mencari kemenangan pertama mereka dalam kancah Liga Super 2023. Adakah pertembungan kali ini memihak kepada pasukan The Bos Gaurus atau KLU berjaya memanfaatkan bermain di halaman sendiri.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan ini telah bertemu sebanyak tiga kali dan Perak telah memenangi dua daripadanya. Bukan itu sahaja, Perak juga berjaya mengawal gawang apabila tidak bolos untuk perlawanan tersebut.

Adakah pertemuan kali keempat bakal berpihak kepada Kelantan United atau pasukan Perak berjaya melebarkan rekod kemenangan tersebut? Nantikan...

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Kelantan Untied vs Perak dalam Liga Super 2023

Untuk penyokong berhampiran terutamanya orang-orang Kelantan, jangan lupa untuk penuhkan stadium pada petang ini bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Juga untuk fans yang datang untuk awayday dari Perak.

Jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk stadium secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM13 untuk tiket terbuka dan RM23 untuk tiket grandstand. Anda juga boleh beli tiket di kaunter stadium.

Bagi yang jauh serta tidak berkesempatan untuk datang, perlawanan ini juga akan disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go percuma untuk pelanggan Astro.

Tapi untuk anda yang tidak melanggan Astro, anda juga boleh menggunakan platform web dan aplikasi Sooka dengan melanggan harga serendah RM4.90 untuk pas 1-perlawanan. Dengan itu, anda boleh pilih mana-mana perlawanan yang anda ingin saksikan.

Jadi kepada semua peminat boleh sepak tempatan khususnya, jangan terlepas untuk saksikan perlawanan ini secara langsung. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Kelantan United vs Perak FC untuk aksi Liga Super 2023 LS3

4 Mac 2023 (Sabtu)

FT : Kelantan United (0) - (0) Perak

Masa : 5.30 Petang
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go | Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post