Siaran Langsung Live Kelantan vs Penang Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Kelantan vs Penang Liga Super 2023

Liga Super 2023 minggu ketiga pada belah malam terdapat dua perlawanan dan salah satu daripadanya adalah pertemuan antara Kelantan FC dan Penang FC yang berlangsung pada 5 Mac 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Kedua-dua masih mengalami masalah yang sama sejak dua perlawanan awal sebelum ini dimana Kelantan dan Penang masing-masing belum mencatatkan sebarang kemenangan. Yang berbezanya adalah satu semua kalah dan satu lagi semua seri.

Selain Terengganu, Kelantan juga tidak peroleh sebarang mata setakat ini dan menjadi salah satu pasukan yang bolos paling banyak iaitu sebanyak 6 gol sama seperti yang dicatatkan oleh pasukan Kuching City. Banyak perlu diperbaiki lagi.

Manakala Penang hanya mampu meraih 2 mata maksimum apabil seri untuk dua perlawanan awal ketika bertemu Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sebelum ini. Kali ini mereka akan berjumpa dengan pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Super pula. Apakah yang terjadi pada akhirnya?

The Red Warriors pastinya perlu masa untuk menyesuaikan dengan tempo perlawanan dalam aksi Liga Super apabila mereka baru sahaja dinaikkan daripada Liga Premier tahun ini. Tetapi mereka beraksi baik apabila mengakhiri saingan di tempat kedua.

Jadi dengan bermain di halaman sendiri ini pastinya Kelantan inginkan sesuatu untuk dihadiahkan kepada penyokong setiap mereka yang terus memberikan sokongan dan datang ke stadium bagi meniupkan semangat pemain untuk beraksi.

Kelantan bermain di halaman sendiri, sedikit sebanyak mempunyai kelebihan berbanding Penang yang datang jauh dari utara. Tetapi Penang juga inginkan kemenangan untuk dibawa pulang ke Pulau Pinang baik 1 atau 3 mata maksimum.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Kelantan vs Penang Dalam Liga Super 2023

Jika pada jumaat, rakyat Kelantan dah turun untuk aksi Kelantan United. Kali ini sekali lagi, mereka boleh turun untuk berikan sokongan kepada Kelantan TRW pula di stadium. Boleh turun beramai-ramai juga untuk pasukan lawan.

Jadi mereka yang berkesempatan untuk datang, anda kini boleh dapatkan tiket masuk secara online di laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM23.12 untuk tiket terbuka dan RM43.72 untuk tiket astaka. Juga tersedia pembelian tiket fizikal di kaunter stadium dengan harga RM20.00.

Berita baik untuk penyokong Penang apabila pihak Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) mengumumkan akan ada tayangan skrin besar untuk perlawanan ini yang diletakkan di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban. Jadi orang penang, boleh datang sini malam ni.

Tapi yang jauh atau tidak sempat datang ke stadium atau tengok skrin besar, anda masih boleh saksikan perlawanan ini yang ditayangkan secara langsung di saluran TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, boleh juga tonton online di rtmklik.rtm.gov.my

Selain itu, platform web dan aplikasi Sooka juga anda boleh tonton perlawanan ini menerusi saluran RTM. Jadi sebab ditayangkan di TV Okey, anda boleh saksikan secara percuma. Ya, perlawanan ini semua platform boleh tengok percuma.

Jadi kepada semua peminat bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan yang bertanding untuk saksikan perlawanan ini secara live. Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan antara Kelantan FC vs Penang FC untuk Liga Super 2023 LS3

5 Mac 2023 (Ahad)

FT : Kelantan (2) - (0) Penang

  • Ismaheel Akanade 22'
  • Fazrul Amir 36'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik | Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post