Siaran Langsung Keputusan KL City Vs JDT Liga Super 2023

Siaran Langsung Keputusan KL City Vs JDT Liga Super 2023

Minggu kedua Liga Super 2023 diteruskan lagi dan kali ini bakal mempertemukan Kuala Lumpur City FC dan Johor Darul Ta'zim FC yang mana perlawanan tersebut bakal diadakan pada 1 Mac 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

KL City pastinya tidak sabar-sabar untuk bertemu juara Liga Super sembilan kali tersebut dan pastinya mempunyai hasrat untuk menumbangkan pasukan tersebut di laman dan dihadapan penyokong sendiri.

JDT pula pastinya ingin meneruskan rentak kemenangan walau dimana sahaja mereka bermain. Dengan kemenangan pada Piala Sumbangsih pada Jumaat lalu, pastinya akan tetapi memberikan persembahan yang terbaik.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung KL City vs JDT Dalam Liga Super 2023

Kalau lawan JDT, pastinya sesebuah stadium itu akan penuh dengan penyokong dan penonton yang ingin menyaksikan perlawanan tersebut. Jadi jangan terlepas untuk dapatkan tiket masuk secara online di www.tickethotline.com.my

Manakala bagi yang tidak berkesempatan, perlawanan ini masih anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Arena Bola 803 atau boleh tonton secara online di Astro Go. Selain itu, anda juga boleh strim di Sooka dengan langganan pas-1-perlawanan dengan harga RM4.90.

Jadi penyokong dan semua peminat bola sepak, jangan terlepas untuk saksikan perlawanan ini secara langsung. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara KL City dan JDT untuk aksi Liga Super 2023 LS2

1 Mac 2023 (Rabu)

FT : KL City (0) - (3) JDT

  • Romel Morales 41' (OG)
  • Endrick 52'
  • Arif Aiman 90'

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post