Siaran Langsung Live KL City vs Selangor Liga Super 2023

Siaran Langsung Live KL City vs Selangor Liga Super 2023

Lepas habis international break sahaja, nampaknya kita semua disajikan dengan beberapa perlawanan tumpuan untuk minggu keenam dalam salah satunya adalah pertemuan antara Kuala Lumpur City FC dan Selangor FC yang mana perlawanan ini akan berlangsung pada 31 Mac 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Sepertinya pada awal musim kita sudah dapat saksikan Klang Valley Derby untuk kedua-dua pasukan ini. Jika dilihat rekod pertemuan lima perlawanan terakhir mereka, ianya berpihak kepada Selangor apabila menenangi perlawanan sebanyak dua kali, tewas sekali dan seri dua kali.

Tetapi ini musim baru dan masing-masing mempunyai skuad yang berbeza daripada musim-musim sebelumnya. Selangor sepertinya tampak lebih gah apabila kini berada di kedudukan keempat liga dengan 10 mata.

Dalam 5 perlawanan awal, Selangor hanya tewas sekali sahaja iaitu ketika berdepan JDT. Manakala berjaya memperoleh 3 kemenangan dan seri sekali. Untuk KL City, nampaknya menerima nasib yang berbeza apabila hanya berjaya mencatatkan keputusan 3 kali seri dengan 1 kekalahan.

Daripada rekod tersebut, KL City kini menduduki tempat kesebelas daripada 14 pasukan kesemuanya dengan hanya mengumpul 3 mata sahaja. Nampaknya permulaan KL City kali ini agak slow jika berbanding dengan musim-musim sebelumnya.

Mungkin inilah masanya untuk anak-anak buah Bojak Hodak mencari kemenangan sulung untuk aksi Liga Super 2023 kali ini. Mereka mempunyai kelebihan berbanding Selangor. Mereka bermain di tempat sendiri dan dihadapan penyokong sendiri. Ini pastinya akan memberikan tonik yang lebih kepada pasukan tuan rumah.

Walaupun begitu, anak-anak buah Tan Cheng Ho juga tidak mahu kehilangan mata dan menjadikan pasukan mereka akan jauh ketinggalan dengan 3 pasukan teratas. Jadi mereka juga ingin memburu kemenangan dan akan memberikan yang terbaik.

Tambahan pula, Faisal Halim sekarang dah dapat tonik baru apabila telahpun menjaringkan gol yang pertama pada tahun 2023 iaitu ketika bersama Harimau Malaya sebelum ini. Mungkin inilah permulaan untuk beliau bagi membantu Selangor untuk mengejar kejuaraan.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung KL City vs Selangor Dalam Liga Super 2023

Sudah hampir dua minggu tiada aksi Liga Super, kini bersambung semula dan pastinya ramai yang merindukan untuk turun ke stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak dengan lebih dekat. Tambahan pula ini adalah perlawanan derby.

Jadi jangan berlengah lagi untuk dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga bermula RM20 untuk tempat duduk terbuka dan RM10 untuk kanak-kanak. Umur 6 tahun kebawah masuk adalah percuma.

Selain itu, tiket fizikal juga sudah mula dijual. Anda boleh beli di perkarangan stadium di Kaunter A dengan harga RM20 untuk tempat duduk terbuka dan sini anda boleh beli tiket grandstand dengan harga RM40 sahaja.

Tapi jangan risau kalau yang tidak sempat hadir ke stadium, kerana perlawanan ini akan ditayangkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro sahaja.

Selain itu, anda boleh juga boleh live streaming perlawanan ini menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Anda perlu langgan pas Liga Malaysia serendah RM4.90 untuk pas 1-perlawanan atau pas bulanan dengan harga RM28.90.

Jadi kepada semua peminat dan penyokong bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan yang bertanding untuk saksikan saksikan perlawanan ini secara live. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Kuala Lumpur City FC vs Selangor FC untuk aksik Liga Super 2023 LS6.

31 Mac 2023 (Jumaat)

FT : KL City (1) - (3) Selangor

  • Tchetche Kipre 24'
  • Ayron de Valle 32' (P), 53'
  • Faisal Halim 40' (P)

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post