Siaran Langsung Live Kedah vs Penang Piala FA 2023

Siaran Langsung Live Kedah vs Penang Piala FA 2023

Perlawanan bagi kejohanan Piala FA 2023 kini bermula. Dengan pusingan pertama bakal mempertemukan antara Kedah Darul Aman FC dan Penang FC yang bakal berlangsung pada 8 Mac 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Darul Aman.

Secara keseluruhan, sebanyak 20 pasukan yang bertanding iaitu terdiri daripada 14 pasukan Liga Super dan 6 pasukan Liga M3. Kejohanan ini akan bermula di pusingan pertama, kemudian pusingan 16 terbaik, suku akhir, separuh akhir dan final.

Pusingan pertama yang bermula pada 8 Mac ini hanya melibatkan 8 pasukan sahaja iaitu 4 pasukan Liga Super; Kedah, Penang, Perak dan Sri Pahang serta 4 pasukan Liga M3 iaitu Manjung City, Sains, Kuala Kangsar BRM dan Imigresen. Manakala 12 pasukan lagi telah pun layak secara automatik di pusingan 16 terbaik.

Perlawanan tumpuan pastinya derby utara iaitu antara Kedah dan Penang. Untuk rekod, Kedah pernah memenangi Piala FA sebanyak 5 kali berbanding Penang yang hanya pernah menjuarainya sekali sahaja sejak ianya diperkenalkan.

Pada perlawanan terakhir, kedua-dua pasukan ini telah dikejutkan oleh pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Super tahun ini selepas mengalami kekalahan iaitu ketika bertemu PDRM dan Kelantan. Ini pastinya menjadi tonik terbaik untuk Kedah dan Penang untuk bangkit seterusnya berjaya ke pusingan seterusnya.

Piala FA untuk musim 2023 ini telah diundi lebih awal dan aturanya telah pun ditentukan dari pusingan awal sehingga final. Jadi pemenang antara KDA dan Penang akan mara ke pusingan 16 dan bakal bertemu Kuching City yang telah pun layak secara automatik sebelum ini.

Kedah juga telah diundi untuk bermain di halaman sendiri sekali gus akan memberikan kelebihan berbanding Penang. Pastinya aura dan sokongan daripada penonton yang hadir sedikit sebanyak memberikan semangat untuk barisan pemain beraksi cemerlang sepanjangn tempoh 90 minit.

Perlawanan ini juga tiada timbal balik. Pasukan yang menang, mara ke pusingan seterusnya. Manakala yang tewas akan terkeluar daripada siangan Piala FA 2023.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Kedah vs Penang Dalam Piala FA 2023

Sepertinya lebih mudah untuk orang-orang utara untuk datang ke stadium sama ada dari Kedah sendiri mahupun dari Pulau Pinang. Dengan lokasi tidak lah terlalu jauh untuk yang ingin ber 'awayday'. Jadi datang dan penuhkan stadium beramai-ramai

Seperti biasa, tiket masuk boleh dibeli secara online menerusi laman web di www.tickethotline.com.my dengan harga RM18.60 untuk tiket terbuka dan RM39.14 untuk tiket grandstand.

Selain dijual secara online, anda juga boleh beli tiket fizikal dibeberapa lokasi yang telah ditetapkan sekitar kedah. Jika anda ingin beli di perkarangan stadium, ianya hanya mula dijual pada hari perlawanan sahaja dengan harga bermula RM15.00 sahaja.

Namun sekiranya anda tidak berkesempatan untuk datang, perlawanan ini juga turut disiarkan secara langsung di kaca tv anda menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan juga secara online di Astro Go percuma untuk pelanggan Astro.

Selain Astro, perlawanan ini juga akan dibawakan secara live streaming menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Anda boleh langgan dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1-perlawanan atau boleh beli pas Liga Malaysia secara bulanan dengan harga RM28.90.

Jadi kepada semua peminat bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan yang bertanding untuk saksikan perlawanan ini secara live. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Kedah Darul Aman FC vs Penang FC untuk aksi Piala FA 2023 Pusingan Pertama

8 Mac 2023 (Rabu)

AET : Kedah (2) - (2) Penang (Pen : 3-4)

  • Manuel Ott 9', 90'
  • Giovane Gomes 22'
  • Soony Saad 68'

*Penang berjaya mara ke pusingan 16 bertemu Kuching City

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Aman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post