Siaran Langsung Live Kelantan United vs Kedah Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Kelantan United vs Kedah Liga Super 2023

Untuk minggu keempat Liga Super 2023 juga terdapat perlawanan untuk hari ketiga iaitu melibatkan Kelantan United FC dan Kedah Darul Aman FC yang mana mereka akan bermain pada 13 Mac 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Kelantan United antara pasukan yang masih tidak memenangi apa-apa perlawanan disamping mereka kini berada di tangga kedua tercorot iaitu di depan Terengganu FC yang hanya dipisahkan dengan bilangan jaringan gol sahaja.

Manakala Kedah pula masih berada di kelompok 4 teratas liga dengan memenangi dua perlawanan dan tewas hanya sekali. Siapa sangka pasukan antara yang digeruni sebelum ini tewas mengejut dengan pendatang baru PDRM di halaman dan didepan penyokong sendiri.

Kelantan United mencatatkan 2 kekalan dan 1 seri dalam tiga perlawanan awal dan hanya berjaya menjaringkan 1 gol sahaja. Manakala Kedah memenangi dua perlawanan awal sebelum tewas pada minggu lalu.

Tetapi episod itu sepertinya tidak terhenti disana. Sekali lagi Kedah dikecewakan dan kali ini dalam saingan Piala FA 2023 yang berlangsung pada Rabu lalu. Mereka tumpas kepada Penang dalam penentuan sepakan penalti selepas masing-masing terikat 2 sama sepanjang 120 minit.

Kedah kini akan bertandang di rumah pasukan lawan dan pastinya misi utama mereka adalah mengelakkan kekalahan seperti yang dicatatkan sebelum-sebelum ini. Sudah tentu anak-anak buah Nafuzi Zain akan berikan yang lebih baik bagi mencuri 3 mata untuk dibawa ke Alor Setar. Mereka pastinya tidak mahu lagi episod duka teruas menghantui pasukan Hijau Kuning.

Walaupun begitu, Kelantan United yang kini dipimpin oleh Tomas Trucha masih mempunyai kelebihan tersendiri. Disamping dibarisi oleh pemain-pemain yang berpengalaman, mereka juga bermain di halaman sendiri dan dihapan penyokong sendiri.

Mereka juga pasti mengharapkan magis seperti yang ditunjukkan oleh PDRM dan Penang bagi menumbangkan pasukan Kedah Darul Aman.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Kelantan United vs Kedah Dalam Liga Super 2023

Jadi penyokong-penyokong semua, penuhkan stadium pada Isnin ini. Berikan sokongan sepenuhnya kepada pasukan kesayangan anda. Ini pastinya sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat barisan pemain yang beraksi di atas padang nanti.

Datang dan dapatkan tiket masuk ke stadium. Anda kini boleh dapatkan secara online dengan layari laman web www.tickethotline.com.my. Harga bermula RM13.05 untuk tiket terbuka dan RM23.12 untuk tiket astaka. Tiket fizikal juga akan dijual pada hari perlawanan di perkarangan stadium dengan harga RM10.00.

Selain itu, perlawanan ini turut dibawakan secara langsung menerusi saluran RTM di TV2 serta Sukan RTM. Selain itu, orang ramai juga boleh saksikan secara online di platform web dan aplikasi RTM Klik secara percuma.

Untuk pengguna yang sudah biasa dengan platform penstriman Sooka bagi menonton perlawanan Liga Malaysia. Anda juga boleh guna aplikasi tersebut dengan menyaksikan di saluran RTM yang disediakan juga secara percuma tanpa perlu apa-apa langganan.

Jadi untuk semua peminat bola sepak tempata khususnya untuk kedua-dua pasukan yang bertanding untuk saksikan perlawanan ini secara live di stadium atau di kaca tv anda. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Kelantan United FC dan Kedah Darul Aman FC untuk aksi Liga Super 2023 LS4.

13 Mac 2023 (Isnin)

FT : Kelantan United (2) - (3) Kedah

  • Devid de Santana 21'
  • Willian Lira 34'
  • Manuel Hidalgo 45'
  • Hafiz Harun 79'
  • Victor Silva 88'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : TV2 dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post