Siaran Langsung Live Manjung City vs Sains Piala FA 2023

Siaran Langsung Live Manjung City vs Sains Piala FA 2023

Di dalam kesibukan untuk skuad Harimau Malaya, turut diadakan dua lagi perlawanan untuk pusingan pertama Piala FA 2023 dan salah satunya adalah melibatkan Manjung City FC dan Sains FC yang bakal berlangusng pada 25 Mac 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Pada peringkat awal ini, tidak semua pasukan terlibat yang mana hanya 8 pasukan dengan melibatkan 4 perlawanan sahaja. Dua perlawanan pertemuan antara pasukan Liga Super dan dua perlawanan pertemuan antara pasukan Liga M3.

Yang melibatkan pasukan Liga Super kita sudahpun ketahui yang mana Sri Pahang dan Penang berjaya mara ke pusingan 16 selepas berjaya mengalahkan lawan masing-masing iaitu Perak (2-1) dan Kedah Darul Aman (2-2 dan menang 3-2 dalam penentuan sepakan penalti).

Kini 2 lagi perlawanan yang hanya melibatkan pasukan Liga M3 sahaja iaitu selain daripada pertemuan Manjung City dan Sains iaitu pertemuan antara BRM Kuala Kangsar dan Imigresen yang juga berlangsung pada waktu dan hari yang sama.

Jika dilihat dalam saingan liga, Sains FC lebih beraksi baik apabila mencatat 3 kemenangan berturut-turut setakat 3 perlawanan awal dan menduduki tangga kedua. Manakala Manjung City masih tidak mencatatkan sebarang keputusan kemenangan yang mana sehingga hari ini hanya seri sebanyak dua kali dan kalah sekali sekali gus menduduki tangga kesepuluh daripada 14 pasukan kesemuanya.

Setakat ini kedua-dua pasukan ini masih belum bertemu sesama sendiri di dalam liga. Ini pastinya sesuatu yang baru bagi kedua-dua pasukan bagi merancana strategi terbaik untuk menumpaskan lawan masing-masing sekali gus untuk menang dan berjaya ke pusingan seterusnya.

Masing-masing ada kelebihan masing-masing. Sains dengan reputasi semasa jika dilihat di dalam liga. Manakala Manjung City juga mempunyai kelebihan apabila bermain di tempat sendiri yang juga mempunyai penyokong yang tersendiri di stadium tersebut.

Pemenang bagi perlawanan ini akan bertemu Kelantan FC di pusingan 16 terbaik Piala FA 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 14 - 15 April ini. Manakala yang tewas akan pulang awal sama seperti Kedah dan Penang sebelum ini.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Manjung City vs Sains Dalam Piala FA 2023

Ini merupakan aksi pertama Liga Malaysia dalam bulan Ramadan. Jadi untuk peminat bola sepak tempatan khususnya bagi kedua-dua pasukan yang bertanding pada malam ini, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium serta bagi sorakan terbaik untuk pasukan kegemaran anda.

Jadi anda boleh dapatkan tiket masuk dengan harga RM10 untuk tiket grandstand dan RM5 untuk tiket terbuka yang dijual di perkarangan stadium. Sepertinya tiada juala tiket yang dibuat secara online. Jadi anda kena datang dan beli tiket fizikal di sana.

Tapi sekiranya anda tidak berkesempatan untuk hadir, jangan risau perlawanan ini turut disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi pelbagai saluran. Cukup meriah nampaknya. Anda boleh tonton di Astro Arena 801 dan Astro Arena Bola 803 serta secara online menerusi platform Astro Go.

Tak cukup dengan itu, perlawanan ini juga akan dibawakan secara langsung menerusi saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM. Kalau tidak sempat tonton di tv, boleh strim secara online menerusi web dan aplikasi RTM Klik bermula pada pukul 10.00 malam. Sempat nak taraweh dulu.

Mungkin ramai yang sudah biasa dengan platform web dan aplikasi Sooka. Jadi Piala FA 2023 ini juga turut dibawakan dan ditayangkan di platform tersebut. Sebab ada tayangan di Arena dan TV Okey, anda boleh strim secara percuma sahaja. Tak perlu kepada apa-apa langganan.

Jadi kepada semua peminat bola sepak tempatan khususnya bagi kedua-dua pasukan yang bertanding untuk saksikan perlawanan ini secara live. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Manjung City FC vs Sains FC untuk aksi Piala FA 2023 Pusingan Pertama

25 Mac 2023 (Sabtu)

FT : Manjung City (2) - (0) Sains

  • Syamin Baharuddin 3'
  • Afeeq Iqmal Rosli 84'

*Manjung City berjaya mara ke pusingan 16 terbaik bertemu KL City

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Majlis Perbandaran Manjung
Tayangan : Astro Arena 801, Arena Bola 803, TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post