Siaran Langsung Live Negeri Sembilan vs KL City Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Negeri Sembilan vs KL City Liga Super 2023

Hujung minggu ini jangan terlepas untuk saksikan aksi Liga Super 2023 untuk minggu keempat bakal mempertemukan Negeri Sembilan FC dan Kuala Lumpur City FC yang akan diadakan pada 11 Mac 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Jika dilihat daripada statistik, kedua-dua pasukan ini menerima nasib yang sama dalam tiga perlawanan awal saingan liga. Ya, Negeri Sembilan dan KL City menerima keputusan sekali kalah dengan dua keputusan seri serta tidak memenangi apa-apa perlawanan lagi setakat ini.

Untuk rekod, skuad yang dikendalikan oleh K. Devan mencatatkan keputusan seri dalam 2 perlawanan awal iaitu ketika menentang Sri Pahang dan Penang sebelum dikejutkan dengan kekalah terbesar setakat ini berdepan JDT dengan 7 gol tanpa balas.

Manakala untuk KL City, mereke mencatat keputusan seri ketika berdepan dengan Penang pada perlawanan pertama dan minggu lalu ketika bertemu Terengganu. Juga menerima nasib yang sama apabila tewas di tangan JDT dengan jaringan 3 gol tanpa balas.

Jadi betullah, kedua-dua pasukan ini menerima nasib yang sama untuk awal musim ini dimana mereka juga mengumpul 2 mata sahaja. Skuad yang dipimpin Bojak Hodak kini menduduki tempat ke-10 dan Negeri Sembila di tempat ke-12.

Jika dilihat dalam perlawanan ini, pastinya skuad Jang memiliki kelebihan apabila mereka bermain di tempat sendiri dan juga dihadapan penyokong sendiri. Sedikit sebanyak akan memberika semangat yang lebih untuk menumpaskan pihak lawan.

Tapi KL City juga pastinya tidak akan membiarkan pasukannya dibolosi. Mereka juga inginkan kemenangan pertama untuk musim baru ini sekali gus ingin berada di kelompok teratas dan kembali garang dalam saingan kali ini.

Untuk info, sepatutnya perlawanan kali ini KL City terlebih dahulu menjadi tuan rumah. Atas sebab-sebab tertentu ianya terpaksa ditukar atas makluman MFL sendiri. Jadi KL City akan menjadi tuan rumah menentang Negeri Sembilan ditukar kepada minggu ke-17 (LS17) iaitu pada pusingan kedua saingat liga.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Negeri Sembilan vs KL City Dalam Liga Super 2023

Jadi pergunakan sebaiknya kelebihan ini. Orang-orang Paroi dan berdekatan, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan tiupan semangat kepada para pemain dalam tempoh 90 minit bagi meraih kemenangan bersama selepas itu.

Datang dan boleh dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online bermula sekarang di laman web www.tickethotline.com.my yang dijual dengan harga RM15.00 untuk semua tiket terbuka. Anda juga boleh dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan dengan tanda harga yang sama.

Bagi yang tidak berkesempatan hadir, boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 (CH804) atau boleh juga tonton secara online di Astro Go percuma untuk pengguna Astro.

Seperti biasa, perlawanan ini juga turut boleh distrim secara online menerusi platform web dan aplikasi Sooka dengan langganan pas Liga Malaysia serendah RM4.90 untuk pas 1-match atau pas bulanan dengan harga RM28.90 untuk semua perlawanan berlangsung.

Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan yang bertanding untuk saksikan perlawanan ini secara live di stadium atau di kaca tv. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Negeri Sembilan FC dan Kuala Lumpur City FC untuk aksi Liga Super 2023 LS4

11 Mac 2023 (Sabtu)

Negeri Sembilan vs KL City

*Terpaksa ditangguhkan atas faktor cuaca

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post