Siaran Langsung Live Perak vs Sri Pahang Piala FA 2023

Siaran Langsung Live Perak vs Sri Pahang Piala FA 2023

Kejohanan Piala FA 2023 akan membuka tirai menerusi pertemua antara Perak FC dan Sri Pahang FC yang akan bermula di pusingan pertama dimana perlawanan ini akan berlangsung pada 8 Mac 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Perak, Ipoh.

Dalam pusingan awal ini hanya melibatkan 8 pasukan dengan 4 perlawanan sahaja antaranya adalah pertemuan Perak dan Sri Pahang serta Kedah dan Penang. Selain itu juga akan turun beraksi Manjung City dan Sains serta BRM dan Imigresn.

Manakala bagi 12 pasukan lagi telah layak secara automatik dan akan menunggu di pusingan 16. Kesemuanya adalah 20 pasukan iaitu 14 daripada Liga Super dan 6 daripada Liga M3 yang akan bersaing bagi berebut trofi Piala FA 2023.

Untuk perlawanan ini, bagi pasukan yang menang, mereka akan bertemu Selangor di pusingan 16. Perlawanan ini juga akan diadakan secara kalah mati. Menang ke pusingan seterusnya dan pasukan yang tewas terpaksa mulapkan saingan.

Perak pastinya ingin mencari kemenangan sulung dalam aksi Liga Malaysia untuk musim terbaru ini. Tambahan pula, mereka telah diundi untuk bermain di tempat sendiri yang pastinya sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada anak-anak buah Datuk Lim Teong Kim.

Sementara itu, Sri Pahang juga tidak mahu terkandas di pusingan yang lebih awal sekali gus mengkuburkan hasrat skuad Tok Gajah untuk mencari piala pertama untuk musim kali ini. Pastinya akan berikan persembahan terbaik untuk menumbangkan Perak.

Secara keseluruhan, undian Piala FA 2023 telah dibuat secara keseluruhan bermula daripada pusingan pertama, pusingan 16, suku akhir, separuh akhir dan sehinggalah di peringkat final. Kesemua perlawanan telah ditetapkan. Pasukan mana yang menjadi tuan rumah juga telah diundi sebelum Liga Malaysia bermula lagi.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Perak vs Sri Pahang Dalam Piala FA 2023

Jadi orang-orang Perak, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium bagi memberikan semangat kepada barisan pemain untuk beraksi lebih cemerlang bagi menumpaskan pihak lawan. Orang-orang Pahang juga jika berkesempatan terutamanya ultras, pastinya akan turun bagi menjadi pemain ke-12 untuk pasukan kesayangan mereka.

Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket yang boleh dibeli secara online menerusi laman web di www.tickethotline.com.my dengan harga RM18.00 untuk tiket terbuka dan RM30.00 untuk tiket grandstand.

Selain itu, anda juga boleh beli tiket fizikal yang bakal dijual di perkarangan stadium dengan harga yang sama bermula pada hari perlawanan dari pukul 1.00 petang hingga 5.00 petang. Jadi dapatkan tiket anda sekarang.

Perlawanan ini juga akan dibawakan secara langsung di kaca tv anda menerusi saluran Astro Arena Bola 2 (CH804) atau anda juga boleh tonton secara online di Astro Go yang disediakan percuma untuk semua pelanggan Astro.

Selain Astro, perlawanan ini juga akan dibawakan secara live streaming menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan dengan beberapa tawaran harga iaitu serendah RM4.90 untuk pas 1-perlawanan atau pas bulanan Liga Malaysia dengan harga RM28.90.

Jadi kepada semua peminat bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan yang bertanding untuk saksikan perlawanan ini secara live. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Perak FC vs Sri Pahang FC untuk aksi Piala FA 2023 Pusingan Pertama

8 Mac 2023 (Rabu)

FT : Perak (1) - (2) Sri Pahang

  • Christian Obiozor 34'
  • Abdul Malik Mat Ariff 82'
  • Stefano Brundo 90+5' (P)

*Sri Pahang berjaya mara ke pusingan 16 bertemu Selangor

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Perak, Ipoh
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post