Siaran Langsung Live Perak vs Kuching City Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Perak vs Kuching City Liga Super 2023

Minggu keempat Liga Super untuk musim 2023 diteruskan lagi dengan pertembungan antara dua pasukan iaitu Perak FC dan Kuching City FC yang mana perlawanan ini akan berlangsung pada 12 Mac 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Perak, Ipoh.

Ini merupakan pertembungan kali kelima untuk kedua-dua pasukan sejak tahun 2021. Sebelum pertemuan kali ini, Kuching City nampaknya berkelebihan apabila menang 2 perlawanan daripadanya dan mencatatkan 2 keputusan seri.

Untuk rekod, Perak hanya mencatatkan dua kali keputusan seri dengan satu kekalahan untuk tiga perlawanan terawal dan memungut 2 mata sahaja. Mereka kini menduduki tangga ke-11 iaitu 1 mata dibelakang pencabar Kuching City.

Manakala untuk Kuching City sudah pun mencatatkan 1 kemenangan yang diperoleh pada perlawanan pembukaan liga iaitu ketika bertemu Kelantan. Kemudian mereka mengalami dua kali kekalah berturut-turut termasuk dengan kekalahn besar dengan jaringan 5 gol tanpa balas.

Nasib Perak bukan sahaja tidak begitu baik di saingan liga tetapi skuad Datuk Lim Teong Kim juga telah terkeluar daripada saingan Piala FA untuk tahun 2023 apabila tewas kepada Sri Pahang pada Rabu yang lalu seawal di pusingan pertama.

Jadi mereka pastinya tidak mahu episod kelam ini berterusan lagi-lagi ketika bertemu Kuching City. Tambahan pula, mereka masih bermain di stadium yang dan di halaman mereka sendiri kali ini. Sedikit sebanyak mempunyai kelebihan berbanding pihak lawan.

Walaupun begitu, skuad yang kini dipimpin oleh Irfan Bakti ini juga ingin mencari 3 mata penting ketika bertandang di tempat lawan. Mereka pastinya mempunyai strategi yang tersendiri untuk mengelakn daripada kekalahan terhadap pasukan Perak dalam perlawanan kali ini.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Perak vs Kuching City Dalam Liga Super 2023

Jadi orang-orang Ipoh dan berdekatan, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium untuk terus berada di belakang pasukan bola sepak kesayangan anda ini. Terus berikan sokongan terutamanya untuk pemain yang beraksi di atas padang untuk tempoh 90 minit.

Datang dan dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dimana tiket dijual dengan tanda harga bermula RM18.00 untuk tiket terbuka dan RM30.00 untuk tiket grandstand. Tiket fizikal juga turut dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan dengan tanda harga yang sama.

Bagi yang tidak berkesempatan, perlawanan ini juga ditayangkan secara langsung di saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go secara percuma khusus untuk pengguna Astro.

Sebagai alternatif, anda juga boleh live streaming untuk menyaksikan perlawanan ini menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan pas Liga Malaysia serendah RM4.90 untuk pas 1-match atau pas secara bulanan dengan harga RM28.90.

12 Mac 2023 (Ahad)

FT : Perak (2) - (0) Kuching City

  • Seo Seonung 41', 57'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Perak, Ipoh
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go | Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post