Siaran Langsung Live Sri Pahang vs Sabah Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Sri Pahang vs Sabah Liga Super 2023

Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk minggu keempat dimana bakal mempertemukan dua buah pasukan yang berada di landasan terbaik iaitu Sri Pahang FC dan Sabah FC dimana perlawanan ini akan berlangsung pada 12 Mac 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Ya, kedua-dua pasukan ini merupakan pasukan yang berada dilandasan yang selesa dimana mereka tidak pernah kalah lagi dalam 3 perlawanan awal yang diadakan sebelumnya. Hanya Sri Pahang sahaja yang ada mencatatkan keputusan seri berbanding Sabah yang memenangi semua perlawanan.

Dengan pungutan 5 mata, Sri Pahang yang dipimpin oleh ketua jurulatih Fandi Ahmad kini berada di tangga kelima. Manakala Sabah yang masih belum tewas, telah memungut mata maksimum iaitu 9 mata yang kini berada di tangga yang kedua dibelakang JDT yang hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan sahaja.

Untuk rekod, Sri Pahang sebelum ini menerima 2 keputusan seri iaitu ketika bertemu Negeri Sembilan dan Selangor. Manakala Sabah yang dipimpin oleh ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee memenangi ketiga-tiga perlawanan iaitu ketika bertemu PDRM, Kelantan United dan Kuching City.

Selepas bermain di Sarawak pada minggu sudah, kali ini Sabah akan terbang ke semenanjung untuk bermain di Stadium Darul Makmur yang pastinya mempunyai misi yang sama seperti perlawanan sudah untuk mumungut lagi 3 mata penting.

Dapatkan Sri Pahang meleburkan rekod bersih Sabah ketika bermain di Kuantan nanti? Adakah skuad Tok Gajah akan berjaya merobek gawang gol pihak lawan bagi mengelakkan kekalahan ketika bermain di tempat sendiri dan juga dihadapan penyokong sendiri juga.

Kedua-dua pasukan pastinya tidak mahu tewas untuk minggu keempat ini dan jika salah satu pasukan yang akan kehilangan mata, pasti akan ada perubahan kedudukan di dalam liga sekali gus menjadi sukar untuk mengejar kelompok atas liga.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Sri Pahang vs Sabah Dalam Liga Super 2023

Jadi untuk pastikan pasukan kesayangan anda menang terutamanya bagi tuan rumah, orang-orang Kuantan kena penuhkan stadium pada hari perlawanan nanti. Terus bagi sokongan yang padu kepada pemain-pemain yang beraksi di atas padang untuk tumpaskan pihak lawan.

Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk ke stadium yang mana anda boleh beli secara online sahaja menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga ... Selain itu, tiket fizikal juga akan dijual pada hari perlawanan dengan harga ...

Untuk peminat bola sepak tempatan atau bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, perlawanan ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM serta boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Untuk anda yang menggunakan penstriman web dan aplikasi Sooka. Anda juga boleh strim perlawanan ini dengan percuma sahaja. RTM kini tersedia di platform tersebut tanpa perlu apa-apa langganan yang dikenakan. Boleh tonton terus sahaja di smartphone anda.

Jadi kepada semua peminat bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan yang bertanding untuk saksikan perlawanan ini secara live. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Sri Pahang FC dan Sabah FC untuk aksi Liga Super 2023 LS4

12 Mac 2023 (Ahad)

FT : Sri Pahang (1) - (1) Sabah

  • Daniel Ting 14'
  • Kpah Sherman 26'

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Darul Makmur
Tayangan : TV Okey dan RTM Sukan
Live Streaming : RTM Klik | Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post