Siaran Langsung Live Terengganu vs PDRM Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Terengganu vs PDRM Liga Super 2023

Minggu keempat untuk Liga Super 2023 diteruskan lagi dan kali ini mempertemukan dua buah pasukan iaitu antara Terengganu FC dan PDRM FC yang mana perlawanan ini akan diadakan pada 11 Mac 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Kedua-dua pasukan pada awalnya nampak struggle untuk beraksi cemerlang baik di tempat sendiri atau di tempat lawan tetapi secara tidak semena-mena PDRM telah melakukan kejutan apabila telah menumbangkan Kedah pada perlawanan sebelum ini sekali gus mencatat kemenangan pertama.

Berbeza dengan Terengganu dengan kekalahan awal dalam dua perlawanan dan pada perlawanan ketiga masih tidak mampu bangung dengan mencatat kemenangan ke atas KL City walaupun bermain di tempat sendiri ketika itu.

Untuk rekod, Terengganu masih belum menang apa-apa perlawanan dan hanya mencatar 1 keputusan seri daripada 3 perlawanan. Hanya mengumpul 1 mata sahaja sama seperti yang dihadapi oleh Kelantan United FC di tangga tercorot.

Manakala PDRM walaupun datang daripada Liga Premier sebelum ini, mereka kini mencatatkan 1 kemenangan, 1 seri dan hanya sekali sahaja tewas. Dengan itu, mereke mencatatkan 4 mata dan berada di kedudukan keenam iaitu 1 mata. Pastinya sebuah keputusan yang memberansangkan untuk The Cops.

Tahukah anda, dalam tiga perlawanan awal ini, Skuad Penyu satu-satunya masih tidak menjaringkan sebarang gol dan telah bolos sebanyak 3 kali. PDRM pula hanya mencetak satu gol sahaja iaitu ketika menumbangkan KDA sebelum ini.

Terengganu pastinya tidak lagi ingin mengingat peristiwa sebelum-sebelum ini. Pastinya mereka ingin bangkit untuk meraih 3 mata pertama. Ianya ditambah pula dengan kelebihan untuk mereka kerana bermain di tempat sendiri dan dihadapan penyokong sendiri.

Untuk PDRM pula, pastinya magis yang ditagih oleh setiap pemain dalam perlawanan ini yang mana ingin mengulanginya sama seperti sebelum ini. Mereka ingin tunjukkan, pasukan kecil pun mampu untuk menumpaskan pasukan dengan dibarisi pemain hebat.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Terengganu vs PDRM Dalam Liga Super 2023

Sekali lagi diseru kepada semua penyokong-penyokong Terengganu untuk turun beramai-ramai dan datang ke stadium untuk memberikan tiupan semangat kepada para pemain supaya memberikan aksi yang terbaik, dapat menjaringkan gol sekali gus dapatkan 3 mata pertama.

Dengan itu, boleh dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web di www.tickethotline.com.my dengan harga RM20.00. Penjualan kali ini adalah diberi keutamaan kepada pasukan tuan rumah sahaja. Jadi jangan terlepas peluang ni nanti. Beli sekarang!

Tapi jangan risau bagi yang tidak dapat menonton di stadium kerana perlawanan ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro sahaja.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara live streaming yang dibawakan di platform web dan aplikasi Sooka. Anda boleh langgan pas Liga Malaysia untuk pas 1-match dengan harga serendah RM4.90 untuk pas secara bulanan dengan harga RM28.90.

Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan yang bertanding untuk saksikan perlawanan ini secara live. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Terengganu FC vs PDRM FC untuk aksi Liga Super 2023 LS4

11 Mac 2023 (Sabtu)

FT : Terengganu (1) - (0) PDRM

  • Sardor Kulmatov 76'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post