Siaran Langsung Live Malaysia vs Hong Kong Perlawanan Persahabatan 2023

Siaran Langsung Live Malaysia vs Hong Kong Perlawanan Persahabatan 2023

Kini tiba untuk perlawanan kedua untuk Perlawanan Persahabatan Tier 1 iaitu melibatkan pasukan Malaysia dan Hong Kong yang mana perlawanan ini akan berlangsung pada 28 Mac 2023, hari Selasa juga bertempat di Stadium Sultan Ismail, Johor sama seperti pada perlawanan pertama.

Malaysia telah menunjukkan keputusan yang baik dalam perlawanan sebelum ini apabila berjaya menumpaskan pasukan Turkmenistan dengan jaringan 1 gol tanpa balas yang mana ianya dijaringkan oleh pemain JDT, Akhyar Rashid pada minit ke-29.

Rentak permainan yang ditunjukkan oleh anak-anak buah Kim Pan Gon seperti sebelum ini pastinya ditagih oleh beliau untuk menunjukkannya sekali lagi bagi menghadapi pasukan Hong Kong dan pastinya mahu mengakhirinya dengan kemenangan.

Jika dengan Turkmenistan, Malaysia hanya dibezakan dengan 10 anak tangga sahaja untuk rangking FIFA. Tapi dengan Hong Kong hanya beza 1 anak tangga sahaja. Sebelum kemaskini terbaru pada April, Malaysia kini menduduki tangga ke1-45, manakala Hong Kong di tangga ke-146.

Jika dilihat diatas kertas, perlawanan ini pastinya akan memihak kepada skuad Harimau Malaya. Tetapi inilah bola sepak. Mungkin rangking lebih tinggi, tetapi aksi di atas padang memberikan perbezaan disebaliknya. Kedua-duanya ingin kemenangan bagi memburu mata untuk memperbaiki ranking menjadi lebih baik.

Tetapi tidak boleh disangkal, jika dilihat rekod pertemuan terakhir, Malaysia berjaya menewaskan Hong Kong yang mana perlawanan ketika itu berkesudahan dengan 2-0. Perlawanan ketika itu juga adalah perlawanan persahabatan yang berlangsung pada tahun 2022 yang lalu.

Tidak cukup dengan itu, dengan kemenangan skuad Malaysia B-22 baru-baru ini juga mengalahkan Hong Kong B-22 dalam Merlion Cup pastinya menjadi tonik tambahan selain bermain di tempat sendiri bagi menumbangkan skuad utama Hong Kong.

Tidak boleh tidak, Malaysia kena juga mengalahkan Hong Kong supaya peroleh mata yang cukup untuk naik rangking dan dalam masa yang sama mengelakkan kekalahan yang pastinya akan menyebabkan mata ditolak dan ranking negara akan turun.

Jadual Perlawanan Persahabatan Tier 1 FIFA Malaysia vs Hong Kong 2023

Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut, peminat bola sepak tanah air perlu datang dan penuhkan stadium supaya dapat menaikkan semangat pemain disamping untuk menggerunkan pihak lawan. Anda boleh jadi pemain ke-12 bagi membantu skuad Harimau Malaya beraksi dengan baik.

Jangan keliru pula apabila kali ini, perlawanan yang melibatkan pasukan negara tidak bermain di Bukit Jalil kerana kerja naik taraf. Perlawanan akan berlangsung di selatan tanah air di Stadium Sultan Ismail. Anda boleh datang dengan dapatkan tiket masuk yang dijual dengan harga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM5 sahaja untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun.

Tiket hanya boleh dibeli secara online di laman web www.tickethotline.com.my. Sama seperti sebelum ini juga, FAM mengumumkan tiada penjualan tiket fizikal yang dibuat di perkarangan stadium. Jadi kena beli online je keh.

Tapi kalau tak datang, jangan pula terlepas untuk saksikan aksi ini yang akan dibawakan secara langsung terus ke kaca tv anda. Selepas solat tarawih, pada jam 10.00 malam boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena 801 atau tonton secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro. Kalau yang ada Sooka, boleh juga strim di web atau aplikasi tersebut secara percuma.

Untuk yang tiada Astro jangan risau, apabila perlawanan ini juga turut disiarkan secara live menerusi TV9 di saluran Astro 149 dan myfreeview 109. Kalau tak sempat tengok di tv, boleh strim di web dan aplikasi Tonton secara percuma.

Jangan terlepas untuk saksikan lagi aksi-aksi pemain Harimau Malaya kali ini. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Malaysia vs Hong Kong untuk aksi Perlawanan Persahabatan Antarabangsa FIFA Tier 1 2023

28 Mac 2023 (Selasa)

FT : Malaysia (2) - (0) Hong Kong

  • Akhyar Rashid 18'
  • Faisal Halim 41'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Astro Arena 801 dan TV9
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post