Siaran Langsung Live Negeri Sembilan vs JDT Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Negeri Sembilan vs JDT Liga Super 2023

Perlawanan Liga Super 2023 minggu ketiga diteruskan lagi untuk hari ketiga yang mana bakal mempertemukan antara Negeri Sembilan FC dan Johor Darul Ta'zim FC yang bakal berlangsung pada 6 Mac 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Perlawanan yang melibatkan juara Piala Sumbangsih, JDT ini pastinya ditunggu-tunggu oleh semua peminat boal sepak tempatan lagi-lagi untuk pasukan dari pihak lawan yang bakal berdepan dengan antara pasukan terkuat ini.

Setakat ini, Negeri Sembilan hanya mencatatkan keputusan seri sahaja untuk kedua-dua perlawanan awal musim kali ini sekali gus hanya memungut 2 mata. Ketika bermain di halaman sendiri kali ini, pastinya mereka ingin lebih daripada pihak lawan.

Manakala JDT yang tidak asing lagi dengan kemenangan apabila peroleh keputusan bersih dengan kemenangan untuk kedua-dua perlawanan awal. Ditambah pula mereka masih belum dibolosi daripada mana-mana pihak lawan.

Negeri Sembilan ketika ini berada di tangga kesembilan dalam carta liga dengan 2 mata. Manakala JDT berada di tempat ketiga dengan 6 mata iaitu jumlah maksimum dalam 2 perlawanan dibelakang Sabah dan Selangor ketika ini berada di atas.

Adakah Negeri Sembilan kali ini dapat mengejutkan juara 9 kali tersebut di hadapan penyokong mereka sendiri? Atau adakah JDT akan terus merobek gol pihak lawan dan mencari lagi 3 mata untuk bergerak di kemuncak liga?

JDT setakat ini cukup kuat apabila bermain di halaman sendiri. Tetapi mereka telah menunjukkan di tempat lawan bagi musim kali ini juga mereka mampu untuk memberikan tentangan yang hebat selepas menumbangkan naib juara AFC Cup 2022 yang lalu di stadium keramat mereka.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Negeri Sembilan vs JDT Dalam Liga Super 2023

Orang-orang Negeri Sembilan pastinya tidak sabar untuk menyaksikan sekali lagi pasukan mereka beraksi di stadium keremat mereka pada hari ini. Tambahan lagi, mereka akan bertemu pasukan yang kuat seperti JDT. Pasti ramai yang akan memenuhi setiap pelusuk stadium termasuk penyokong yang ber 'away day' juga.

Jadi dengan semangat sahaja tak cukup kalau anda tiada di stadium untuk berikan sokongan. Jadi datang dan dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online sahaja di laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM15.00 sahaja untuk semua zone. Anda juga boleh dapatkan tiket fizikal di perkarangan stadium dengan harga yang sama.

Namun sekiranya anda tidak berkesempatan untuk datang, jangan risau apabila perlawanan ini juga turut boleh disaksikan secara langsung di kaca tv anda menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM. Selain itu boleh juga tonton secara online di web dan aplikasi RTM Klik.

Sebagai alternatif, disebabkan ianya disiarkan di saluran RTM, jadi perlawanan ini juga anda boleh strim menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Untuk RTM, anda tidak perlukan langganan, anda boleh saksikan secara percuma.

Jadi kepada semua peminat bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan yang bertanding untuk saksikan perlawanan ini secara live. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Negeri Sembilan FC vs Johor Darul Ta'zim FC untuk Liga Super 2023 LS3

6 Mac 2023 (Isnin)

FT : Negeri Sembilan (0) - (7) JDT

  • Fernando Forestieri 21', 49' (P)
  • Diogo 41'
  • Arif Aiman 52'
  • Corbin-Ong 67', 88'
  • Endrick 74'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi
Tayangan : TV2 dan Sukan RTM
Live Streaming (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post