Siaran Langsung Live Penang vs Perak Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Penang vs Perak Liga Super 2023

Salah satu perlawanan yang berlangsung seusai international break adalah pertemuan antara Penang FC dan Perak FC yang mana ianya akan berlangsung apda 31 Mac 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Ini merupakan perlawanan terawal Liga Super untuk bulan Ramadan disamping tiga lagi yang berlangsung dalam waktu yang sama. Jadi dalam tempoh ini, setiap perlawanan hanya akan berlangsung pada pukul 10.00 malam untuk semenanjung dan 9.15 malam untuk Sabah dan Sarawak.

Sehingga kini sebanyak lima perlawanan sudah berlangsung. Tapi perkara tersebut kurang bermakna untuk pasukan Penang apabila mereka masih buntu untuk mencatat sebarang kemenangan. Setakat ini hanya seri sebanyak dua kali dan tewas untuk kali ketiga berturut-turut sebelum ini.

Dengan itu, Penang kini menghuni tangga kedua tercorot iaitu ditangga ke-13 dengan hanya mengumpul 2 mata sahaja. Bukan itu sahaja, Penang juga antara tiga pasukan yang telah bolos dengan dua digit setakat ini iaitu sebanyak 11 gol.

Perak walaupun baru dinaikkan dengan Liga Super untuk musim kali ini, nampaknya ia menjadi pasukan lebih baik daripada Penang. Setakat ini, mereka telah mencatatkan sekali kemenangan ketika berdepan Kuching City dihalaman sendiri dengan jaringan 2-0.

Dengan keputusan tersebut serta 2 kali masing-masing mencatatkan seri dan kekalaha, Perak kini berada di tangga ke-7 dengan 5 mata. Selain PDRM, Perak merupakann antara pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Super kini berada di kedudukan yang terbaik berbanding dengan yang lain.

Tetapi Penang pastinya akan memberikan tentang yang sengit kepada pasukan lawan kali ini demi mencari kemenangan sulung untuk musim baru kali ini. Mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri dan juga dihadapan penyokong setia mereka.

Perak juga tidak mahu pulang dengan tangan kosong. Sekali pun tidak mampu untuk meraih kemenangan, pastinya mereka pasti cuba sekurang-kurangnya untuk mencuri satu mata untuk dibawa ke Ipoh pada malam tersebut.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Penang vs Perak Dalam Liga Super 2023

Jadi dengan waktu sepak mula yang dilanjutkan, orang ramai masih boleh lakukan solat tarawih terlebih dahulu pada sebelumnya. Kemudian apabila selesai, boleh terus datang beramai-ramai ke stadium untuk saksikan perlawanan ini.

Jadi untuk kedua-dua penyokong, jangan lupa dapatkan tiket yang boleh dibeli secara online di laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM10.00 untuk tempat duduk terbuka dan RM40.00 untuk tempat duduk grandstand. Selain itu, pihak pengurusan juga memaklumkan akan ada kaunter tiket fizikal yang akan dijual pada hari perlawanan iaitu di Zon A dan B.

Manakala untuk mereka yang ingin saksikan secara langsung di kaca tv, perlawanan ini akan disiarkan menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 dan juga boleh tonton secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro.

Tapi jangan risau untuk yang tiada Astro dimana anda boleh live streaming perlawanan ini menerusi platform web dan aplikasi Sooka dengan harga langganan bermula RM4.90 untuk pas 1-perlawanan atau secara bulanan dengan harga RM28.90.

Jadi jangan lupa temu janji kita untuk saksikan perlawanan ini sama ada anda menontonnya di stadium mahupun di rumah. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara kelab Penang FC vs Perak FC untuk aksik Liga Super 2023 LS6

31 Mac 2023 (Jumaat)

FT : Penang (3) - (1) Perak

  • Soony Saad 6'
  • Nik Akif Syahiran 37'
  • Seo Seon-ung 71'
  • Glovane Gomes 84'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post