Siaran Langsung Keputusan Sabah Vs Kelantan United Liga Super 2023

Siaran Langsung Keputusan Sabah Vs Kelantan United Liga Super 2023

Minggu kedua Liga Super 2023 diteruskan lagi dan kali ini bakal mempertemukan Sabah FC dan Kelantan United FC yang mana perlawanan tersebut bakal diadakan pada 1 Mac 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Likas.

Sabah kali kedua akan bermain di tempat sendiri dan pastinya peluang ini tidak akan disia-siakan seperti yang berlaku pada minggu pertama apabila PDRM menjadi mangsa belasahan dengan jaringan 4 gol tanpa balas.

Kelantan United juga sepertinya bakal menawarkan sesuatu apabila sebelum ini bermain dengan baik walaupun tewas tipis kepada gergasi merah kuning, Selangor pada aksi pertama ketika bermain di Stadium MBPJ.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Sabah Vs Kelantan United Dalam Liga Super 2023

Orang Sabah pastinya tidak sabar untuk saksikan sekali lagi aksi pasukan mereka. Nak beli menarik, boleh datang ke stadium untuk berikan sokongan. Dapatkan tiket masuk secara online sekarang di www.tickethotline.com.my

Manakala yang tidak berkesempatan, perlawanan ini masih anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 (CH804) atau boleh tonton secara online di Astro Go. Perlawanan ini juga tersedia di Sooka dengan harga langganan serendah RM4.90 sahaja.

Jadi penyokong dan semua peminat bola sepak, jangan terlepas untuk saksikan perlawanan ini secara langsung. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Sabah dan Kelantan United untuk aksi Liga Super 2023 LS2

1 Mac 2023 (Rabu)

FT : Sabah (3) - (1) Kelantan United

  • Darren Lok 21' (P)
  • Park Tae-su 26'
  • Telmo Castanheira 46'
  • Indra Putra Mahayuddin 90+2'

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post