Siaran Langsung Live Selangor vs JDT Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Selangor vs JDT Liga Super 2023

Antara perlawanan yang ditunggu-tunggu untuk minggu kelimat Liga Super 2023 iaitu mempertemukan Selangor FC dan Johor Darul Ta'zim FC yang mana kedua-duanya akan bermain pada 17 Mac 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Selangor yang sebelum ini dikatakan merupakan antara pencabar utama yang mampu menyekat juara liga sembilan kali berturut-turut, JDT dari terus mendominasi Liga Super. Tapi adakah ianya mampu untuk musim kali ini?

Untuk rekod, Selangor kini masih belum tewas dalam 4 perlawanan awal dan hanya seri sekali sahaja. Manakala JDT satu-satunya kelab yang masih meraih 4 kemenangan berturut-turut sekali gus berada di takhta liga.

Pada perlawanan sebelum ini, Selangor berjaya menumbangkan Penang dengan jaringan 2 gol berbalas 1. Manakala JDT akhirnya ditembusi denga 1 gol daripada Kelantan yang mana perlawanan tersebut bersudahan dengan 5 gol.

Walaupun JDT gah sebagai pendahulu liga tetapi hanya dipisahkan dengan 2 mata sahaja dengan Selangor yang kini berada di tempat ketiga dibelakang Sabah yang juga dengan jumlah mata yang sama. Nampaknya kelompok teratas masih terus mara dengan jayanya.

Kali ini bermain di homeground Selangor dan pastinya sedikit sebanyak akan memberikan kelebihan kepada Selangor bagi mengelahkan JDT. Dengan sorakan ultras dan penyokong sendiri di Stadium MBPJ, pastinya akan meniupkan semangat barisan pemain di atas padang.

Tetapi JDT pastinya tidak ingin tewas atau keciciran mata. Mereka pastinya ingin meneruskan rentak kemenangan yang belum ditembusi sejak musim 2022 yang lalu lagi. Mereka inginkan dan terus dahaga dengan kemenangan.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Selangor vs JDT Dalam Liga Super 2023

Jadi penyokong-penyokong tuan rumah, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium bagi memberikan sokongan penuh kepada pemain dan pasukan kegemaran anda. Ini pastinya dapat menaikkan semangat mereka untuk terus mempamirkan aksi terbaik bagi menumpaskan pihak lawan.

Datang dan daaptkan tiket masuk ke stadium. Anda boleh beli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM22.66 untuk tiket terbuka dan RM27.81 untuk tiket grandstand. Juga dijual di kaunter stadium dengan harga bermula RM20.00.

Tapi sekiranya, anda tidak berkesempatan untuk datang, jangan risau! Ini kerana perlawanan ini juga turut disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh tonton secara online di Astro Go secara percuma khusus untuk pengguna Astro sahaja.

Selain itu, perlawanan ini juga turut dibawakan secara live streaming menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Jadi jika anda tiada Astro, anda boleh langgan pas Liga Super serendah RM4.90 untuk pas 1-perlawanan atau secara bulanan dengan harga RM28.90.

Jadi kepada semua peminat bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua peminat pasukan bertanding untuk saksikan perlawanan ini secara live. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Selangor FC vs Johor Darul Ta'zim FC untuk aksi Liga Super 2023 LS5

17 Mac 2023 (Jumaat)

FT : Selangor (0) - (4) JDT

  • Juan Muniz 55'
  • Diogo 66'
  • Fernando Forestieri 77', 82'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium MBPJ
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post