Siaran Langsung Live Sri Pahang vs Kedah Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Sri Pahang vs Kedah Liga Super 2023

Hari kedua untuk minggu keenam Liga Super 2023 akan melibatkan tiga perlawanan kesemuanya. Salah satu perlawanan yang bakal berlangsung adalah pertemuan antara Sri Pahang FC dan Kedah Darul Aman FC yang mana akan diadakan pada 1 April 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Ini juga antara perlawanan tumpuan kali ini apabila kita dapat saksikan kali pertama dua bekas pemain Sri Pahang iaitu Lee Tuck dan Manuel Hidalgo akan turun ke Kuantan semula tetapi kali ini adalah berhadapan dengan bekas pasukannya.

Setakat lima perlawanan awal, skuad Tok Gajah kini berada di kedudukan kelima dengan mengutip sembilan mata. Dalam tempoh itu juga, Sri Pahang menjadi salah satu pasukan yang belum tewas bersama-sama Sabah dan JDT.

Skuad Kenari peroleh dua belas mata dan menduduki tempat ketiga di dalam liga. Berbeza dengan pasukan lawan, Kedah telah meraih tiga kemenangan dan satu kekalahan ketika berhadapan PDRM tapi masih belum mencatat keputusan seri.

Sri Pahang pastinya ingin mengelakkan kekalahan bila berhadapan dengan Kedah di Kuantan. Mereka mempunyai kelebihan apabila bermain di hadapan pasukan sendiri dan pastinya akan memberikan tonik tambahan untuk menewaskan pasukan pelawat.

Kedah juga bersemangat untuk meleburkan rekod tanpa kalah Sri Pahang dan jika ianya berjaya pasti akan menjadi duka kepada pasukan tuan rumah termasuk penyokong yang datang pada hari perlawanan. Kedah kini berada di landasan terbaik.

Jadi bagi mengelakkan perkara tersebut, setiap pemain perlu fokus dan serap tekanan untuk setiap serangan yang diatur oleh pihak lawan. Setiap kesalah kecil yang berlaku pastinya akan diambil peluang untuk membuat serangan balas. Semoga Sri Pahang dan Kedah memberikan saingan yang sengit dan perlawanan yang sihat untuk pertemuan kali ini.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Sri Pahang vs Kedah Dalam Liga Super 2023

Jadi penyokong-penyokong Tok Gajah takkan nak biarkan je Kedah memberi tekanan kepada pasukan kesayangan anda ini. Bagi mengelakkan kejadian yang tidak dimahukan, anda kena ramai-ramai turun ke stadium. Lepas solat tarawih, boleh terus ke venue perlawanan.

Sebelum itu, jangan lupa dapatkan tiket masuk yang kini anda suda boleh beli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM13.60 untuk tempat duduk terbuka serta RM26.78 untuk tempat duduk utama.

Selain itu, kalau nak beli tiket fizikal juga, anda boleh beli pada hari Jumaat dan Sabtu yang dijual di Banglo Penjualan Barangan Hakka Clo dengan harga RM14.00 untuk tempat duduk terbuka dan RM27.00 untuk pentas utama.

Untuk tayangan siaran langsung di kaca tv, anda boleh saksikan menerusi saluran RTM iaitu di TV Okey atau di Sukan RTM. Bagi yang ingin tonton secara online, anda boleh pergi ke website atau di aplikasi RTM Klik secara percuma.

Bagi yang sudah biasa dengan Sooka. Anda boleh juga menggunakan aplikasi tersebut yang mana turut disediakan dengan saluran RTM termasuk TV Okey. Jadi anda boleh strim secara online secara percuma tanpa perlu apa-apa langganan. Boleh tengok di smartphone atau di laptop menerusi laman web.

Jadi kepada semua peminat dan penyokong bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan yang bertanding untuk saksikan perlawanan ini secara live. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Sri Pahang FC vs Kedah Darul Aman FC untuk aksi Liga Super 2023 LS6.

1 April 2023 (Sabtu)

FT : Sri Pahang (1) - (1) Kedah

  • Stefano Brundo 62' (P)
  • Jonathan Balotelli 90+2'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Makmur
Tayangan : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post