Siaran Langsung Live Terengganu vs Kelantan United Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Terengganu vs Kelantan United Liga Super 2023

International break sudah habis, kini semua tertumpu semula ke Liga Super 2023 iaitu untuk minggu keenam dimana salah satu perlawanan adalah mempertemukan Terengganu FC dan Kelantan United FC yang berlangsung pada 31 Mac 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Ini juga merupakan antara perlawanan Pantai Timur Derby selain melibatkan pasuka Kelantan FC dan Sri Pahang FC. Pastinya menarik untuk disaksikan apabila kedua-dua pasukan ini akan bertemu untuk kali pertama sejak Kelantan United dinaikkan ke Liga Super.

Terengganu sebagai tuan rumah yang kini berada di tangga ke-9 dimana telah mengalami tiga kekalahan dan hanya sekali masing-masing untuk keputusan menang dan seri. Jadi pasukan ini hanya berjaya mengumpul 4 mata sahaja setakat ini. Sebagai bekas naib juara Liga Super 2022, ini pastinya permulaan yang kurang baik untuk pasukan tersebut.

Manakala untuk Kelantan United sepertinya masih belum berjaya menyesuaikan diri apabila menjadi antara pasukan yang masih belum meraih kemenangan selepas lima perlawanan. Dengan 1 mata di kedudukan tercorot, Kelantan United hanya pernah seri sekali dan tewas untuk empat perlawanan lain.

Walaupun pernah menang satu perlawanan, Terengganu sepertinya masih struggle untuk mencipta permainan terbaik seperti yang ditunjukkan pada musim lalu. Ketika itu juga, Terengganu hanya menang tipis terhadap PDRM FC iaitu 1-0 sahaja.

Adakah Kelantan United bakal menjadi mangsa terbaru Terengganu pula untuk mengutip 3 mata selepas ini. Ini pastinya peluang terbaik untuk pasukan tersebut apabila bermain di halaman sendiri dan ditambah dengan sokongan yang diberikan daripada penyokong yang hadir.

Tetapi Kelantan United juga pastinya tidak mahukan ianya terjadi dan tidak mahu kalah untuk kali kelima pula. Walaupun datang sebagai underdog untuk perlawanan ini, pastinya mereka cuba sekurang-kurangnya untuk mencuri 1 mata dan mengelakkan daripada kekalahan.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Terengganu vs Kelantan United Dalam Liga Super 2023

Jadi tunggu apa lagi terutamanya kepada penyokong tuan rumah untuk datang dan penuhkan stadium di Gong Badak bagi memberikan sokongan yang padu kepada pasukan kesayangan anda. Perlawanan juga akan mula sedikit lewat iaitu pada pukul 10.00 malam, jadi sempat untuk anda datang seusai solat tarawih nanti.

Dapatkan sekarang tiket masuk yang kini sudah boleh mula dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM10.00 untuk tempat duduk terbuka dan RM10.00 untuk tiket kanak-kanak 2 hingga 12 tahun.

Tidak lupa juga kepada penonton di rumah apabila perlawanan ini akan dibawakan secara langsung di kaca tv menerusi Astro Arena Bola 3 807 atau tonton secara online di Astro Go percuma untuk pengguna Astro.

Seperti biasa, jika tiada Astro, boleh strim secara live di platform web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pas Liga Malaysia sama ada pas 1-perlawanan berharga RM4.90 atau pas bulanan dengan harga RM28.90.

Jangan lupa janji temu kita untuk saksikan perlawanan bola sepak ini sama ada tonton di stadium mahupun di rumah. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara kelab Terengganu FC vs Kelantan United FC untuk aksi Liga Super 2023 LS6

31 Mac 2023 (Jumaat)

FT : Terengganu (2) - (1) Kelantan United

  • Liridon Krasniqi 6'
  • Jordan Mintah 28'
  • Oj Porteria 76'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 3 807
Live Streaming : Astro Go & Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post