Siaran Langsung Live Terengganu vs KL City Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Terengganu vs KL City Liga Super 2023

Satu lagi perlawanan Liga Super 2023 minggu ketiga dibelah malam adalah pertemuan antara Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC yang bakal berlangsung pada 5 Mac 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Selepas mengharungi dua perlawanan awal yang tidak mendukacitakan, Terengganu kini kembali ke halaman sendiri buat kali pertama musim ini. Mereka akan melayan kunjungan KL City di hadapan pasukan sendiri kali ini.

Sudahlah tewas dan terlepas trofi pertama dalam Perlawanan Sumbangsih kepada JDT, Terengganu juga antara pasukan yang masih belum pernah menang setakat ini dalam saingan liga. Terbaru adalah tewas kepada Kedah.

Tidak cukup dengan itu, Terengganu juga satu-satunya pasukan yang masih belum menjaringkan gol. Tiada penyerang daripada pasukan tersebut sempat untuk mencetak nama sebagai senarai penjaring. Adakah malam ini mereka akan mengamuk?

KL City juga menerima nasib yang sama apabila tiada kemenangan dicatat setakat ini. Hanya mampu seri sekali dan kalah sekali. Mereka juga buat pertama kali untuk musim terbaru ini akan bermain di tempat lawan dengan kehadiran penyokong sendiri yang terhad.

Terengganu pastinya tidak mampu lagi menerima nasib yang sama seperti sebelum-sebelum ini. Kini bermain dihadapan penyokong sendiri, pastinya mereka akan memberika sepenuhnya bagi meraih kemenangan untuk dihadiahkan kepada penyokong yang datang.

Jika tidak mampu menang di padang sendiri. Adakah mungkin KL City sebenarnya selesa bermain di tempat lawan? Mungkin The City Boys mampu mencipta kejutan terhadap pasukan gergasi seperti Terengganu ini seperti apa yang dilakukan PDRM terhadap Kedah pada malam semalam.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Terengganu vs KL City Dalam Liga Super 2023

Orang-orang Terengganu pastinya tidak sabar-sabar untuk turun stadium buat kali pertama musim ini. Pastinya akan ramai turun bagi melihat sendiri di depan mata aksi sebenar pemain bola sepak daripada pasukan kesayangan mereka. Peminat pasukan lawan juga pastinya akan turun ke Ganu kali ini.

Jadi jangan terlepas untuk dapatkan tiket anda sekarang yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM20.00 untuk semua jenis tiket di setiap zone. Boleh juga dapatkan tiket fizikal di kaunter stadium dengan harga yang sama.

Tapi bagi yang tidak sempat datang ke stadium, anda dan orang ramai boleh saksikan aksi bola sepak perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau tonton secara online di Astro Go percuma untuk pelanggan Astro.

Tapi kalau anda tiada Astro, anda masih boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di platform penstriman web dan aplikasi Sooka. Boleh langgan untuk pas 1-perlawanan dengan harga RM4.90 atau secara bulanan pas Liga Malaysia dengan harga RM28.90 sebulan.

Jadi untuk semua peminat bola sepak Liga Malaysia khususnya untuk kedua-dua pasukan untuk saksikan perlawanan ini secara live. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Terengganu FC vs KL City FC untuk aksi Liga Super 2023 LS3

5 Mac 2023 (Ahad)

FT : Terengganu (0) - (0) KL City

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post