Telefilem Bella Bila Cinta Bersatu Di TV9

Telefilem Bella Bila Cinta Bersatu Di TV9

Saksikan telefilem Bella Bila Cinta Bersatu yang akan menemui penonton pada 6 Mac 2023, bersiaran pada hari Isnin jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem dengan idea asal oleh Osman Ali yang juga pernah ditayangkan pada tahun 2021 ini merupakan terbitan syarikat produksi Nuansa Films, diarahkan oleh Yus Yusop dengan nukilan skrip daripada Naza Manas.

Telefilem yang menampilkan gandingan Anna Jobling, Daniel Fong dan Idris Khan ini menceritakan tentang seorang wanita yang memperjuangakna impiannya menjadi seorang usahawan yang berjaya. Ianya diinspirasikan daripada kisah silam kehidupan founder fesyen muslimah terkenal di Malaysia iaitu Sabella.

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Bella Bila Cinta Bersatu ini seperti Anna Jobling, Daniel Fong, Idris Khan, Mandy Chong, Kuna Muzani, Shyrul Ezwan, Ranjeetha Sivam, Een Efendi, Tengku Tieya, Tina Isaacs dan ramai lagi.

  • Anna Jobling sebagai Bella
  • Daniel Fong sebagai Alex
  • Idris Khan sebagai Fareez
  • Mandy Chong sebagai Anuty Chan
  • Kuna Muzani sebagai Rokiah
  • Syrul Ezwan sebagai Nadim

Telefilem Bella Bila Cinta Bersatu Di TV9

Sinopsis Telefilem Bella Bila Cinta Bersatu

Telefilem Bella Bila Cinta Bersatu mengisahkan tentang impian Bella yang bermula apabila Bella menerima hadiah sebuah mesin jahit dari Auntie Chan iaitu ibu kepada sahabat baiknya, Alex.

Sejak menerima mesin jahit itu, Bella sering membawa balik kain perca dari kedai jahit Auntie Chan dan mereka pakaiannya sendiri.

Berkat kegigihan dan minat mendalam dalam bidang jahitan, Bella berjaya diterima ke universiti dan turut menerima tempahan jahitan bagi menampung kos perbelanjaannya.

Tanpa dijangka, Bella mengambil keputusan drastik berkahwin dengan Alex ketika masih belajar dan kehidupan mereka terhimpit apabila Bella melahirkan anak dan tidak mampu membeli susu anak mereka.

Sehingga suatu hari Bella menghasilkan rekaan baju yang mendapat sambutan meluas dan terpaksa mengambil tempahan yang banyak mengakibatkan jarinya bengkak serta tidak dapat menghadiri peperiksaan.

Apakah kesudahan kisah hidup Bella dan Alex? Berjayakah mereka membina empayar perniagaan?

Tayangan Telefilem Bella Bila Cinta Bersatu

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Bella Bila Cinta Bersatu pada 6 Mac ini, hari Isnin jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem Bella Bila Cinta Bersatu Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post