Telefilem Kambing Golek Ramadan Di TV2

Telefilem Kambing Golek Ramadan Di TV2

Saksikan telefilem Kambing Golek Ramadan yang akan menemui penonton semula pada 27 Mac 2023, bersiaran pada hari Selasa jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan terbitan syarikat produksi Keris Film Sdn. Bhd., diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dengan nukilan skrip daripada Wan Saiful Shahrizan.

Sinopsis Telefilem Kambing Golek Ramadan

Telefilem Kambing Golek Ramadan menampilkan barisan pelakon seperti Zain Hamid, Tasha Shilla, Fauziah Nawi, Harith Haziq, Quratulaini Adayana, Siti Hawa Umairah, Shah Lancer, Pak Ya dan ramai lagi.

  • Zain Hamid sebagai Aris
  • Tasha Shila sebagai Julia
  • Fauziah Nawi sebagai Nekma
  • Adik Harith Haziq sebagai Ramadhan

Ianya mengisahkan tentang Aris yang sanggup buat apa sahaja demi memenuhi nafsu berbuka puasa dengan menu kegemarannya sehingga berlaku pembaziran.

Sikapnya itu, sering mengundang pertelagahan antara dia dan isterinya Julia yang inginkan berjimat cermat terutamanya di bulan puasa. Suatu hari, semuanya  berubah apabila berlaku kejadian yang membuatkan Aris insaf dia berusaha untuk mengubah tabiat buruknyaa.

Telefilem Kambing Golek Ramadan Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post