Telefilem Matin Di TV1

Telefilem Matin Di TV1

Saksikan telefilem Matin yang akan menemui penonton pada 25 Mac 2023, bersiaran pada hari Sabtu jam 19.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau anda juga boleh tonton secara online menerusi rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem khas ramadan ini merupakan terbitan syarikat produksi Remi Films Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ariff Zulkarnain dengan nukilan skrip bersama daripada Maizurah Ederis, Azy Nuralanuar dan Ariff Zulkarnain.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan senarai pelakon yang terlibat dalam telefilem Matin seperti Remy Ishak, Emelda Rosemila, Farahdhiya, Adlin Aman Ramlie, Hariz Hazriq serta penampilan istimewa daripada Ustaz Muhammad Farhan Alias dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Hariz Hazriq sebagai Matin
  • Remy Ishak sebagai Hilman

Sinopsis Telefilem Matin

Telefilem Matin mengisahkan tentang Matin iaitu seorang kanak-kanak autism yang cenderung mendengar dan menonton rancangan Al-Quran telah ditinggalkan bersendirian.

Matin merayau mencari makan di kawasan sekitar sehingga ia ditemui oleh seorang pemuda bernama Hilman. Sejak bertemu Matin, kehidupan Hilman dan isterinya mula berubah.

Tayangan Telefilem Matin

Jadi untuk ketahui kesudahannya, jangan lupa saksikan telefilem Matin pada 25 Mac ini, hari Sabtu pada pukul 9.00 malam di slot Panggung RTM di TV1 dan secara online di RTM Klik.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post