Telefilem Saat Hilang Cintamu Di TV3

Telefilem Saat Hilang Cintamu Di TV3

Saksikan telefilem terbaru Saat Hilang Cintamu yang akan menemui penonton pada 25 Mac 2023, bersiaran pada hari Sabtu jam 10.00 malam menerusi slot Cerakarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di Tonton.

Tonton Online : Link 1 | Link 2 | Link 3

Telefilem yang diinspirasikan daripada kisah benar ini merupakan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Rahila Ali dengan nukilan skrip daripada Lee Chonz.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Saat Hilang Cintamu ini seperti Zamarul Hisham, Rita Nadira, Malek Maccrone, Abbas Mahmood, Noor Hanan Hassan, Nurul Aida Othman, Iman Aneesa, Kashfi Haiqal, Nur Dania Miazara dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Zamarul Hisham sebagah Razil
  • Rita Nadira sebagai Salinah
  • Malek Mccrone sebagai Hadi
  • Abbas Mahmood sebagai Kamal
  • Noor Hanan Hassan sebagai Mak Salina

Sinopsis Telefilem Saat Hilang Cintamu

Telefilem Saat Hilang Cintamu mengisahkan tentang Rizal iaitu suami kepada Salinah yang begitu setia dan menyayangi isterinya serta menjadi penyokong utamanya setiap hari bagi melalui pelbagai ujian.

Namun begitu, hubungan mereka mula renggang dan sering bergaduh apabila isterinya, Salinah mula terpengaruh dengan kata-kata rakan-rakannya yang memperlekeh dan mengaibkan suaminya.

Akhirnya mereka berdua berpisah apabila Salinah mengaku telah terlanjur dengan lelaki lain. Demi menjaga anak-anak, pengorbanan seorang Ayah tidak dapat dipisahkan apabila Rizal sanggup tinggal di sebuah pondok kecil berhampiran rumah ayah baru kepada anak-anaknya.

Tayangan Telefilem Saat Hilang Cintamu

Untuk ketahui kesudahannya, jangan lupa untuk saksikan telefilem Saat Hilang Cintamu pada 25 Mac ini, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam di slot Cerekarama di TV3 atau secara online di penstriman web dan aplikasi Tonton.

Telefilem Saat Hilang Cintamu Di TV3

1/Post a Comment/Comments

  1. Tengok juga sekejap malam tadi.. memang setia betul suami dia tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post